Jika anda seorang theis, bagaimanakah untuk merasionalkan bahawa manusia memiliki sebahagian freewill, namun manusia masih menjadi sebahagian daripada perancangan tuhan (determinism)?
Jika anda seorang atheis pula, bagaimana untuk merasionalkan kenyataan mengenai kebebasan manusia untuk berfikir dan memilih sesuatu tindakan, pada masa yang sama prinsip determinism merupakan kunci utama dalam hukum fizikal alam semesta?
Manusia terhasil dari interaksi antara partikel-partikel, di mana apabila kita mampu mengenalpasti secara spesifik semua partikel-partikel ini dan daya tindakan yang terlibat dalam sesuatu interaksi, kita mampu untuk meramal apakah hasil dari interaksi tersebut. Sepertimana kita mampu meramalkan posisi terakhir sebiji bola apabila dilontarkan pada kadar kelajuan dan sudut tertentu. Hal ini menyokong prinsip determinism.
Teori ketakpastian (uncertainty) quantum dan kerawakan yang berlaku sepanjang masa di peringkat atom merupakan sesuatu yang menyokong prinsip freewill. Namun demikian, keputusan eksperimen di peringkat quantum merupakan sesuatu yang masih berada dalam sempadan determinism. Lalu prinsip manakah yang menyebelahi teori ini? Adakah freewill ataupun determinism?
Manusia mempunyai kebebasan untuk memilih, namun ini semua tertakluk kepada faktor-faktor dalaman (biologi, psikologi, dll) dan faktor persekitaran (latar belakang, tempat tinggal, sosial, dll). Andai berlaku sesuatu kejadian yang mengubah bahagian otak mahupun suasana persekitaran seseorang, pilihan dan keputusan yang berbeza juga akan terhasil dari perubahan faktor-faktor terdahulu.
Kesimpulannya, berdasarkan hakikat di atas, kebebasan manusia untuk memilih sesuatu tindak tanduk juga adalah terkandung dalam dunia yang bersifat 'Deterministic'. Konsep 'Freewill' hanyalah sebuah ilusi ciptaan minda.