Sabtu, 15 Mac 2014

Free will vs Determinism (Kehendak bebas lwn Ketentuan tetap)

Jika anda seorang theis, bagaimanakah untuk merasionalkan bahawa manusia memiliki sebahagian freewill, namun manusia masih menjadi sebahagian daripada perancangan tuhan (determinism)?

Jika anda seorang atheis pula, bagaimana untuk merasionalkan kenyataan mengenai kebebasan manusia untuk berfikir dan memilih sesuatu tindakan, pada masa yang sama prinsip determinism merupakan kunci utama dalam hukum fizikal alam semesta?

Manusia terhasil dari interaksi antara partikel-partikel, di mana apabila kita mampu mengenalpasti secara spesifik semua partikel-partikel ini dan daya tindakan yang terlibat dalam sesuatu interaksi, kita mampu untuk meramal apakah hasil dari interaksi tersebut. Sepertimana kita mampu meramalkan posisi terakhir sebiji bola apabila dilontarkan pada kadar kelajuan dan sudut tertentu. Hal ini menyokong prinsip determinism.

Teori ketakpastian (uncertainty) quantum dan kerawakan yang berlaku sepanjang masa di peringkat atom merupakan sesuatu yang menyokong prinsip freewill. Namun demikian, keputusan eksperimen di peringkat quantum merupakan sesuatu yang masih berada dalam sempadan determinism. Lalu prinsip manakah yang menyebelahi teori ini? Adakah freewill ataupun determinism?

Manusia mempunyai kebebasan untuk memilih, namun ini semua tertakluk kepada faktor-faktor dalaman (biologi, psikologi, dll) dan faktor persekitaran (latar belakang, tempat tinggal, sosial, dll). Andai berlaku sesuatu kejadian yang mengubah bahagian otak mahupun suasana persekitaran seseorang, pilihan dan keputusan yang berbeza juga akan terhasil dari perubahan faktor-faktor terdahulu.


Kesimpulannya, 
berdasarkan hakikat di atas, kebebasan manusia untuk memilih sesuatu tindak tanduk juga adalah terkandung dalam dunia yang bersifat 'Deterministic'. Konsep 'Freewill' hanyalah sebuah ilusi ciptaan minda.

4 ulasan:

  1. Hi there. Being intrusive aren't i.

    Anyway, let us try putting your article in perspective (it's a long shot anyway so do apologize).

    For example, if a person faced with 2 options on her/his journey. A. Take a left turn Or B. Right turn; do we say any of those options are deterministic to this person's destination or objective?

    I would argue yes and submit to the argument that even if that person opt not to choose A or B (free willingly return back or halted) ; it must be based on choice which determined earlier.

    Bermula dari hujah ini, persoalan yang timbul di minda saya adalah:
    1. Adakah kita yang mencipta kondisi untuk dipenuhi? Atau;
    2. Adakah kondisi yang membuatkan kita mencipta keperluan untuk dipenuhi? Atau;
    3. Kedua-duanya sama penting. (I am more likely to agree with this btw).

    I can smell miles away that theists will use any deterministic argument to fill in their destiny and fate ideology. Which in fact coincide with qada' and qadar etc.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi awak. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Soalan2 yang baik dan agak deep. Saya sudah agak jarang dapat komen2 yang agak insightful. Kebanyakan komen2 meroyan dari jihadis je yang saya dapat. Kahkahkah, Actually dah lama saya perasan komen2 awak cuma saya perlukan masa untuk tenangkan fikiran dan fikir dalam2 persoalan awak ni. Saya nak berikan jawapan yang terbaik supaya awak puas hati. Tak puas hati kang marah kat saya pulak nanti. Haha. Maaflah sebab lambat respon.

      Saya jawab secara keseluruhan untuk ketiga2 soalan awak. Eksperimen telah dilakukan di mana seseorang perlu membuat keputusan dengan menekan butang di mana pilihan telah disediakan. Pada masa yang sama, elektrod di sambungkan kepada kepala individu tersebut untuk membaca aktiviti pada bahagian otak. Saintis mendapati signal elektrik dapat dikesan pada otak sebelum tindakan sedar seseorang dilakukan dalam membuat pilihan, yakni saintis terlebih dahulu mengetahui keputusan yang dibuat sebelum individu tersebut sedar dengan keputusan yang dibuat.

      Maka minda tak sedar merupakan pencetus kepada keputusan yang dibuat, atau dengan kata lain sesuatu keputusan adalah dibuat secara tak sedar. Kesedaran minda adalah hasil dari kombinasi neuron2 otak yang didahului dengan tindakbalas minda tak sedar. Maka minda sedar itu adalah mustahil untuk dilestarikan andai minda tak sedar tidak terjadi terlebih dahulu.

      Dari pemahaman teori minda sedar/tak sedar seperti yang dijelaskan di atas, jika berbalik dari saat kita dilahirkan, kondisi merupakan faktor penting dalam membentuk diri manusia di masa depan. Pada masa kecil juga, otak masih tak cukup developed sepertimana orang dewasa. Fasa perkembangan otak kanak2 masih di tahap cuba untuk mencapai tahap kesedaran yang paling optimum. Apabila manusia meningkat dewasa, maka tahap minda sedar juga semakin diperbaiki. Jurang di antara minda sedar dan minda tak sedar dapat dikurangkan. Saya percaya apabila sudah sampai ke tahap kesedaran tertinggi, maka makin kuranglah keperluan seseorang untuk merasa kehidupan yang cukup sempurna. Persepsi untuk memenuhi macam2 keinginan dan tafsiran apa itu keperluan juga berubah2 tatkala kesedaran seseorang mencapai tahap2 tertentu.

      Falsafah buddhism ada menekankan mengenai nilai diri. Adakah 'diri' itu wujud? Adakah 'aku' wujud? Adakah 'kita' wujud? Menurut buddha, self is an illusion. Melihat kepada persoalan awak di atas juga tidak lari dari hubungan 'kita' dengan 'kondisi'. Cuba awak bayangkan sekiranya hubungan di antara 'kita' dengan 'kondisi' itu cuba diputuskan? Adakah hal itu akan lebih mudah ataupun rumit?

      Maka di sini, falsafah ketiadaan diri merupakan nilai yang mengajar manusia untuk tidak meletakkan kebergantungan manusia kepada kondisi. Tidak hairanlah jika terdapat orang miskin yang bahagia dan orang kaya yang menderita. Ini semua adalah implikasi kesedaran manusia yang bergantung kepada kesejahteraan minda, samada minda seseorang berada di neraka ataupun kayangan. Nilai materialistik juga semakin hilang peranannya sebagai kondisi keperluan manusia.

      Padam
  2. Continuing my rambling from earlier if you don't mind.

    I've already given you my opinion on theist point of view (one small example actually).

    Moving onto non-theist probable view.

    Mungkin sebagai pendapat, saya boleh membuat telahan seperti berikut (without trying to sound philosophical). Kebebasan memilih hanya timbul pada detik pertimbangan pilihan-pilihan yang perlu dihadapi. Ketentuan hanya wujud pada pilihan dan tidak kepada pemilih.

    This will open to more question on my part if we were to consider atomic particles behavior rather than any sentient being right? It will land us right into consciousness argument. Couldn't helped but laughing at this moment.

    Thanks for yours and Mr Wan's blogs. Not because of theist or non theist stuff. That's old news anyway. Too meager to be bothered.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya akui agak sukar untuk menjawab soalan awak, lebih2 bila awak menyatakan "Ketentuan hanya wujud pada pilihan dan tidak kepada pemilih." Maaflah kalau saya terpaksa nyatakan di sini bahawa mengikut falsafah ketiadaan diri, kenyataan awak sudah menjadi tidak relevan untuk dipersoalkan. Hal ini kerana awak cuba mewujudkan hubungan ilusi di antara 'ketentuan', 'pilihan', dan 'pemilih'. 'Pemilih' adalah bersifat diri, yakni ilusi. Maka mampukah wujud 'ketentuan' dan 'pilihan' tanpa si 'pemilih'?

      Maaflah kalau kenyataan2 saya kedengaran agak mengarut. Saya cuma mengolah sedikit poin dari pembacaan buku Sam Harris yang bertajuk ' Waking Up'. Apa yang saya pelajari adalah terdapat garis halus dalam menilai sesuatu kenyataan samada relevan atau tidak untuk dipersoalkan. Lebih2 lagi bila sudah masuk hal2 spiritual atau falsafah, memang agak mendalam untuk diperhalusi lagi.

      Saya harap awak dapat memberikan lagi respon yang seterusnya untuk komen2 saya ini. Saya juga masih keliru dan lebih merujuk kepada ilmu neuroscience dalam menilai topik falsafah mendalam seperti ini. Harapnya awak dapat tunjuk ajar kerana baca komen awak pun saya dah tahu awak ni dari kalangan yang bijak pandai ;)

      Padam