Khamis, 16 Januari 2014

Keanehan Dalam Ketaksempurnaan

Hidup ini tak sempurna. 

Itulah realiti sebuah ketaksempurnaan,
Realiti yang berilusikan fabrik ruang dan masa,
Ruang yang kosong diisikan dengan kekosongan yang lain,
Masa yang tak pernah letih bergerak maju ke hadapan,
Umpama menongkah arus sungai yang mengalir,
Takkan mampu menoleh ke belakang lagi.

Maka lahirlah pilihan dalam keanehan itu,
Pilihan antara suka dan duka,
cinta dan benci,
tawa dan tangis,
bahagia dan derita,
kebenaran dan kebatilan,
Hadir silih berganti,
Memenuhi segenap ruang-ruang kosong,
Menyulam erti keanehan dalam ketaksempurnaan.



4 ulasan:

  1. Saya sangat suka format penulisan puitis Melayu Humanist :)

    -A.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hai Cik A. Miss you. Miss our happy moments together, both in virtual and real life. I just wish I could turn back those time again :'(

      Padam
  2. Balasan
    1. Hai. Huh tu je? Dahlah takde nama. Awak ni siapa? Jom berkenalan. Tengah bosan ni. Hahaha.

      Padam