Sabtu, 18 Januari 2014

Penjara Dan Istana Minda

Hakikatnya benak pemikiran,
Hanyalah kecil umpama debu,
Bertebaran di alam yang luas terbentang,
Seluas infiniti tak berangka,
Dialuni pelbagai nada dan irama,
Bersatu dalam keindahan simfoni,
Penuh harmoni,
Penuh ilusi.

Ironinya minda apabila terlolos ke lurah perhambaan,
Perhambaan yang bertapa dalam penjara,
Penjara ideologi berkonkritkan besi,
Yang di dalamnya banduan yang sukar melepaskan diri.

Maka runtuhkanlah konkrit penjara itu,
Dengan penuh kekuatan dan keazaman,
Gantikannya dengan keserian istana,
Yang tersergam indah bersama realiti,
Realiti yang tak mungkin tersungkur ke bumi.

1 ulasan:

  1. Dengan tuhan sahaja mereka menjadi hamba, tetapi sesama manusia, merekalah yang paling bongkak dan tidak terbuka. Perkataan hamba itu sendiri sepatutnya sudah cukup untuk diberi bayangan yang kesetiaan seorang hamba kepada tuan kebanyakan adalah buta. Tidak berlandaskan kepada sifat hormat, yang hanya diberi kepada mereka yang menghormati juga.

    -A.

    BalasPadam