Seringkali umat islam menyatakan bahawa Al-Quran dan Hadis mengandungi rujukan kepada penciptaan dunia fizikal dan realiti yang seiring dan tidak bercanggah dengan teori Sains. Namun demikian, di sebalik usaha-usaha pendukung prinsip-prinsip seperti ini, masih terdapat ayat-ayat suci yang menunjukkan percanggahan sains dan agama sekiranya diteliti secara mendalam;
Sahih Bukhari Jilid 4, Kitab 54, Nombor 414
"... Baginda (Muhammad) bersabda," Pertama sekali, tiada apa-apa melainkan Allah, dan (kemudian Dia menciptakan Arasy-Nya). Takhta-Nya di atas air, dan Dia menulis segala-galanya di dalam Kitab (di syurga) dan menciptakan langit dan bumi ... "
Ayat hadis di atas menyatakan bahawa takhta Allah berada di atas air yang sepertimana juga disebut di dalam al-Quran 11:07;
"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa -. Sedang ArasyNya berada di atas air"
Sekiranya diteliti, penterjemah hadis di atas telah membuat kurungan, di mana beliau telah menulis (kemudian Dia menciptakan Arasy-Nya). Namun sekiranya beliau (penterjemah) tidak mempunyai sebarang pengetahuan dari al-Quran berkenaan takhta Allah (Arasy), kewujudan Arasy tersebut dalam penceritaan penterjemah hadis di atas mungkin tidak wujud sama sekali. Agak meragukan juga kerja seorang penterjemah hadis ini ya.
Bagaimana pula dengan air? Petikan ayat-ayat di atas memggambarkan bahawa air wujud sebelum Allah menciptakan dunia/alam ('universe'). Apakah yang menahan molekul-molekul air tersebut? Adakah sifat air tersebut tidak memerlukan bekas yang perlu menakungnya? Seolah-olahnya bumi perlu diciptakan untuk menahan limpahan-limpahan air tersebut. Mampukah bumi wujud tanpa kewujudan ruang atau alam semesta terlebih dahulu sepertimana yang dinyatakan dalam teori Big Bang? Persoalan-persoalan sains yang mendalam telah banyak merungkai kesilapan kronologi dalam penciptaan alam semesta sepertimana yang diceritakan dalam kitab-kitab lama ini..
No.
|
Penjelasan
|
1
|
Takhta Allah/Tuhan
|
2
|
Tujuh Lapis Syurga
|
3
|
Air Di Atas Langit/Lautan Syurga
|
4
|
Pintu Gerbang Syurga
|
5
|
Bumi Yang Rata
|
6
|
Air Masin/Lautan-Lautan Dunia
|
7
|
Air Tawar/Mata Air Bumi
|
8
|
Posisi Bulan
|
9
|
Posisi Bintang-Bintang
|
10
|
Lautan Kosmik
|
11
|
Tiang-tiang Langit dan Bumi Yang Tidak
Boleh Dilihat
|
12
|
Neraka/Tujuh 'Bumi'
|
13
|
Penghadang antara Dua Laut
|
Menurut nabi Muhammad, Bumi yang didakwa terdiri daripada tujuh lapisan adalah berbentuk rata seperti hamparan sejadah, dan bukannya sfera sepertimana diketahui umum generasi masa kini. Terdapat beberapa ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menceritakan dakwaan-dakwaan ini;
18 : 86 - Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
18 : 89 - Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.
18 : 90 - Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.
Secara ringkasnya ayat-ayat ini mendakwa bahawa Zulqarnain, yang merupakan Alexander the Great menurut orang tua-tua telah menakluki dunia dari satu benua ke benua yang lain. Jika detiliti, ayat-ayat di atas menyatakan bahawa Zulqarnain bergerak dari satu hujung dunia ke satu hujung dunia yang lain untuk mencari tempat yang betul-betul terletaknya tempat terbit dan terbenamnya matahari itu.
Ini merupakan pertentangan fakta yang jelas. Sudah menjadi pengetahuan 'common sense' dalam diri setiap manusia pada abad ini bahawa matahari terbit dan terbenam pada SEMUA tempat tidak kira di mana sahaja lokasi latitud/longitud manusia itu berada di bumi. Bumi ini berbentuk sfera dan bukannya rata seperti anggapan majoriti manusia sebelum munculnya ahli astronomi tersohor, Gallileo Gallilei. Dari petikan ayat-ayat di atas,dapatlah disimpulkan bahawa Nabi Muhammad, seperti kebanyakan orang yang sezaman dengannya percaya bahawa bumi adalah rata dan Matahari bergerak di langit dengan cara bergerak dari satu posisi tetap permulaan ke posisi tetap pengakhiran, sepertimana ianya bergerak dalam keadaan linear, dan bukannya secara membujur (ellipse).
Ini merupakan pertentangan fakta yang jelas. Sudah menjadi pengetahuan 'common sense' dalam diri setiap manusia pada abad ini bahawa matahari terbit dan terbenam pada SEMUA tempat tidak kira di mana sahaja lokasi latitud/longitud manusia itu berada di bumi. Bumi ini berbentuk sfera dan bukannya rata seperti anggapan majoriti manusia sebelum munculnya ahli astronomi tersohor, Gallileo Gallilei. Dari petikan ayat-ayat di atas,dapatlah disimpulkan bahawa Nabi Muhammad, seperti kebanyakan orang yang sezaman dengannya percaya bahawa bumi adalah rata dan Matahari bergerak di langit dengan cara bergerak dari satu posisi tetap permulaan ke posisi tetap pengakhiran, sepertimana ianya bergerak dalam keadaan linear, dan bukannya secara membujur (ellipse).
Ini memang analisa terbaik. Harap dapat baca lebih banyak post dari tuan punya blog :)
BalasPadamthanx my dear..saya pun ingin membaca lebih banyak post lagi dari melayuatheist.blogspot...sentiasa tertunggu2 dan feeling excited everytime you publish your new post :)
PadamThanks dear :)
BalasPadampenggunaan ayat dalam kurungan memang telah lama dipertikaikan. ia jelas menggambarkan ayat yang sengaja ditambah dan direka untuk menyedapkan satu jalan cerita dari sebuah buku klasik yang juga direka oleh muhammad.
BalasPadam