Kerap kali orang-orang yang fanatik agama memberikan peringatan kepada golongan freethinker yang tidak berpegang kepada mana-mana agama (ateis, agnostik, deist, dll) mengenai penyesalan dan dosa-dosa besar yang bakal ditanggung seumur hidup akibat tidak menyembah tuhan mereka. Golongan ini suka menggembar-gemburkan, malah memaksa manusia yang tidak mempercayainya agar menerima idea keajaiban dan kebahagiaan yang bakal dikecapi di syurga akhirat kelak.
Secara peribadi, saya tidak kisah tentang delusi mereka ini, asalkan tiada siapa yang mengganggu atau menyekat kebebasan kehidupan peribadi dan pemikiran freethinker dalam kehidupan seharian, sama seperti golongan beragama lain juga yang tidak disekat kepercayaan mereka. Namun, realiti pada masa kini nampaknya berbeza apabila kebebasan beragama/mengamalkan kepercayaan itu dihalang, sedangkan salah satu mazhab dalam islam iaitu syiah di Malaysia juga turut disekat fahamannya atas alasan mengancam akidah sunni muslim. Maka, tidak hairanlah golongan aktivis sudah kian bercambah bak cendawan tumbuh dari hari ke hari, dengan tujuan murni untuk memperjuangkan hak-hak manusia yang paling asas ini.
Ironinya, fanatik agamawan ini, dengan minda yang kolot dan sempit penuh prajudis seringkali tidak memikirkan secara kritikal mengenai fakta bahawa golongan freethinker juga mampu menggapai kebahagiaan optimum yang sebenar. Namun kebahagiaan itu adalah berbeza dengan insan beragama kerana minda freethinker tidak diancam dengan kekejaman tuhan yang suka menghumban ciptaannya sendiri ke dalam api neraka, di mana sifat tuhan seperti ini adalah amat menjengkelkan. Freethinker juga bebas daripada angan-angan delusi nikmat kayangan yang palsu. Kebebasan minda adalah suatu nikmat tak terkata dan justifikasi utama yang membezakan golongan freethinker daripada manusia yang berpegang kepada agama, di mana tabiat berfikir secara sihat sentiasa dipupuk dari semasa ke semasa.
Keseronokan yang dinikmati daripada pembelajaran melalui tabiat rasional pemikiran tanpa kekangan mampu mengelakkan 'mindset' yang negatif lantas mencambahkan lagi semangat yang positif dalam diri individu yang berfikir secara sihat dan bebas. Dengan itu, tidak perlulah sifat minda manusia yang tiada batasan ini dibataskan pula dengan kepercayaan terhadap kisah dongeng manusia zaman dahulu kala yang cukup terbatas. Ya, manusia mempunyai potensi minda yang tak terbatas, cuma bezanya kita perlu menggunakannya ke tahap maksimum melalui cara membebaskan mentaliti dari sebarang bentuk perhambaan.
"membebaskan mentaliti dari sebarang bentuk perhambaan"
BalasPadamKata-kata yang dalam dan amat tepat buat bangsa kita yang malas berfikir.
Sebenarnya mereka ini bukan sahaja malas berfikir, malah bangga2 pula mengaku sebagai species hamba :D
PadamKebanyakan orang beragama ni selalu nak tuding jari yang ateis ni nak kebebasan nafsu, bukannya minda. Biasanya orang-orang sebeginilah yang sebenarnya yang banyak memikirkan tentang nafsu, maka terjadilah hukum-hukum menyekat wanita untuk berpakaian cara tertentu, menutup aurat etc, walaupun di rumah. Perempuan boleh pulak jaga nafsu tengok lelaki topless :P
BalasPadamSampaikan event Seksualiti Merdeka di KL disalah ertikan sebagai seks bebas. Takde kaitan langsung, nampak sangat tidak pernah sedikitpun cuba memahami sesuatu dengan dalam dulu. Kalau mereka pernah cuba pergi ke event-event seperti ini, mereka akan jelas bahawa golongan LGBT cuma mahu menjadi diri mereka sendiri dan tidak menganggu ketenteraman atau amal ibadat siapa-siapa. Malah mereka penuh dengan semangat kasih-sayang dan harapan.
Kalau mereka kaji balik, hampir semua yang melakukan jenayah seksual semuanya orang yang beragama kerana mindanya disuap yang wanita/kanak-kanak itu seksi, walaupun tutup litup sekalimanapun.
Ok, end of rant. Sorry, lol ^^
-A.
It's OK cik A. Luahkan sahaja semua yang terbuku dalam diri anda. Lebih banyak idea-idea dan pengalaman yang dikongsi, lebih banyak jugala ilmu yang boleh diperolehi oleh insan-insan yang malas menggunakan otak di luar sana :P
Padampeperangan sesama hamba islam, syiah dan sunni, memusnahkan sesama sendiri, bagus untuk kita tonton.
BalasPadamSejujurnya, saya menolak apa-apa jenis peperangan, tidak kira apa fahaman sekalipun pihak-pihak yang terlibat itu. Saya respect golongan agama yang moderate yang respect kepada saya juga. Kalau yang fanatik itu, mungkin ada masalah sikitlah. Saya hanya mengharapkan mereka-mereka ini faham konsep 'Golden Rule' yang sebenar. Baik dibalas baik. Saya cintakan keamanan. Peace y'all...
PadamPeperangan adalah pergaduhan kecil yg diperbesar besarkan. Seorang ketua negara yang bertanggung jawab akan cuba mancari jalan untuk mengelakkan peperangan, kerana dalam peperangan selalunya yg lemah dan tak kemampuan yang akan menjadi mangsa.
BalasPadamAgreed.. Amat menyedihkan punca peperangan ini boleh terjadi dari hal yang remeh temeh seperti perbezaan agama. Impaknya, golongan minoriti dan lemah jugalah yang terhimpit dalam situasi yang sukar.
Padam