Rata-rata mana-mana agama menganggap pengalaman nazak adalah suatu fenomena mistik di ambang kematian yang pasti akan dialami oleh setiap manusia. Ianya dikaitkan dengan pengalaman roh yang keluar dari jasad, disertai dengan perasaan seperti di awang-awangan, tanpa mengalami sebarang kesakitan, penuh ketenangan dan kebahagiaan, seperti melepaskan segala-galanya. Detik-detik penting dan bermakna yang dilalui sepanjang hidup disimpulkan menjadi sinopsis yang ringkas dalam sekelip mata. Seringkali seseorang yang mengalaminya melihat pancaran cahaya bersinar-sinar yang indah di hujung terowong, seolah-olah cahaya itu datangnya dari pintu gerbang syurga yang senantiasa dimpi-impikan.
Walau bagaimanapun, penyelidikan terkini telah mendedahkan penjelasan saintifik untuk hampir kesemua ciri-ciri lazim sesuatu pengalaman nazak. Antara penjelasan saintifik pengalaman nazak ialah melalui kejutan elektrik ekstrem yang berlaku secara mendadak lalu mengakibatkan kesan sensasi 'realiti' yang melebihi paras normal dalam aktiviti pemikiran seseorang. Halusinasi kemudiannya dijanakan kepada bayangan otak seolah-olah pengalaman yang dilalui berlaku di alam nyata. Hasil usaha dalam bidang penyelidikan yang komited dan berterusan, kita kini mampu mengetahui bahawa pengalaman 'mistik' seperti ini boleh disebabkan oleh rangsangan tenaga elektrik pada bahagian-bahagian tertentu otak, dengan pelbagai macam kaedah manipulasi..

Dalam sesetengah kes, penghidap serangan jantung yang menghidap trauma akibat peristiwa yang mengancam nyawa juga dilaporkan mengalami pengalaman yang sama. Ini disebabkan pengaliran darah berhenti buat seketika di dalam badan pesakit serangan jantung dan oksigen tidak dapat diedarkan secara mencukupi ke bahagian otak.
Cabaran bagi sains adalah untuk menjelaskan secara menyeluruh bagaimana otak menjana pelbagai jenis pengalaman yang luar biasa tanpa menganggap kesedaran yang wujud adalah bebas daripada otak. Contoh fenomena yang berkait rapat adalah pengalaman roh keluar dari jasad (Out-of-body-experience), di mana orang yang mengalaminya mendakwa seolah-olah jasad mereka terpisah daripada roh (kesedaran).
Setiap babak yang dipaparkan dalam pengalaman nazak mempunyai penjelasannya tersendiri. Contohnya, gerbang cahaya syurga yang dilihat itu adalah disebabkan oleh aliran darah berkurangan ke retina dan korteks visual (sepertimana kesan yang dialami juruterbang jet pada ketinggian dan kedudukan kuasa-G (G-force) ). Sementara pengulangan semula tayangan kehidupan adalah amnya disebabkan oleh pengaktifan semula kawasan otak yang berbeza agar kembali kepada normal, sama seperti seseorang itu terbangun selepas dibuai mimpi yang indah. Keadaan-keadaan seperti ini boleh dikaitkan dengan khayalan dan halusinasi dari segi penjelasan klinikal.
Kesimpulannya, fenomena nazak boleh diterangkan secara biologi tanpa perlu membawa masuk konsep 'taboo' yang menjadi kegilaan masyarakat kita seperti elemen-elemen roh yang kian menular dalam tradisi yang kuat dipengaruhi oleh konsep keagamaan. Keadaan ini hanyalah sesuatu yang merugilkan kerana seharusnya budaya tidak sihat seperti ketakutan tahap melampau sehingga mencetuskan obsesi, ketaksuban, dan penyakit-penyakit berkaitan psikologi adalah sesuatu patut kita elakkan.

kupasan yang menarik. Ini menjelaskan pengalaman2 ajaib golongan sufi didalam meditasi mereka seperti mereka berjumpa wali yg telah mati, terbang kelangit berjumpa malaikat, dan lain-lain.
BalasPadamIa berlaku selepas melakukan puasa yg extream dan zikir yg tidak berhenti siang dan malam. Saya fikir inilah faktor yg mempengaruhi aktiviti otak mereka sehingga berilusi sedemikian.
Terima kasih, Awaken Malay :) Bukan sahaja golongan sufi yang mengalami masalah ketaksuban seperti ini, malah orang-orang biasa walalupun yang tidak berapa religious boleh turut terjebak sekali dengan permasalahan ini. Sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
PadamTeringat saya pada rakaman tape yang dipaksa dengar waktu sekolah agama dulu, yang keluar suara lelaki yang menakutkan "inilah sakaratul mauuuuuuut!", haha. Tak pasti kalau kana-kanak zaman internet masih lagi dipaksa dengar rakaman tersebut atau telah pun diupgrade, lol ;)
BalasPadam-A.
ya, saya pun ingat tape tu. Pada masa tu memang amat menakutkan :)
PadamSaya jumpa di youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=_7qx-u5oJ34
Sekarang tak tahulah jika mereka masih memomokkan anak-anak dgn rakaman sebegini. Inilah satu cara mereka brainwash kanak-kanak sehingga rasa takut itu dibawa hingga dewasa.
LOL that's quite funny cik A :D Diri saya sendiri pun pernah mengalami ketakutan seperti ini. Sedikit sebanyak mempengaruhi juga tahap psikologi. Tapi sejak menjadi freethinker ni, tak ada lah saya nak takut keluar rumah seorang2 tengah malam. Besar impaknya bila kita sudah tidak mempercayai sesuatu itu hanya 'hoax' yang tidak membawa manfaat kepada kehidupan. Paling menyedihkan, ada ahli keluarga saya sendiri yang terkena 'gangguan' ghaib. Disebabkan terlalu obses dengan teori-teori yang dinyatakan dalam agama, keadaannya seolah-olah menjadi bertambah teruk. Banyak perubahan berlaku sehingga saya sudah tidak melihat personaliti dirinya yang dahulu dan hubungan kami pun sudah tidak akrab lagi...
PadamNDE...saya pernah mengalami NDE ketika overdosed Ketamine dan Dimethyltriptamine (DMT) :p
BalasPadammemang benar apa yang dikatakan tentang pengalaman mistik dan ghaib ketika NDE.
http://rationalwiki.org/wiki/Near-death_experience#Ketamine
Thanx dude, for the info and link. Hope everyone here can benefit this kind of sharing :)
Padam