Setiap dari kita mungkin mempunyai perspektif masing-masing mengenai tajuk di atas. Tidak terkecuali aku yang hanyalah seorang manusia biasa seperti kalian semua. Bagiku, 'terbang bebas ke awan' adalah gambaran yang tepat sekali dalam menjelaskan perasaan yang ku alami ketika ini, yang mungkin sukar untuk difahami kebanyakan manusia, terutamanya mereka yang beragama di luar sana.

Aku merupakan seorang ex-muslimah, atau lebih jujur lagi, murtad, satu gelaran yang pasti menggerunkan umat islam walaupun hanya menyebut atau mendengarnya sahaja. Dahulunya, aku merupakan antara insan yang amat dikenali sebagai seorang yang warak dan berpegang kuat kepada agama.
Namun demikian, keadaan berubah dari hari ke hari ketika aku mendaki tangga ke alam kedewasaan. Sejak bila lagi menjadi murtad? Sesuatu persoalan yang tak mampu untuk ku rungkaikan kepastiannya lantaran aku sendiri tidak menyedarinya, seperti masa itu berlalu begitu pantas. Segala-galanya berlaku secara berperingkat-peringkat. Di mana keadaanku yang bermula dari seorang yang taat kepada perintah agama tanpa kompromi mahupun toleransi, beransur-ansur menjadi seorang muslimah dengan sifat yang lebih terbuka, seterusnya membawa kepada diriku yang ada pada hari ini. Tidak dinafikan bahawa sedikit sebanyak sikap keterbukaan, toleransi, dan ingin tahu yang ku semai ketika masih menjadi seorang muslimah merupakan penyebab utama mengapa aku berani mengubah prinsip kepercayaan yang ku yakini tidak ramai insan-insan di luar sana yang mampu mengharunginya.
Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang amat menitik beratkan soal agama. Aku sudah didedahkan dengan ilmu-ilmu agama ketika berusia 5 tahun. Ketika itu, ibuku menghantarku ke sebuah taska agama selama dua tahun. Taska agama itu adalah unik berbanding dengan taska-taska agama yang lain kerana ianya terkenal dengan pemakaian jubah dan purdah di kalangan ustazah-ustazahnya, manakala ustaz-ustaznya pula memakai serban.
Tidak banyak yang boleh ku ingat pada ketika itu, akan tetapi terdapat beberapa peristiwa penting yang masih lagi segar di ingatanku sehingga ke hari ini. Di suatu pagi yang indah, aku dan rakan-rakanku sampai di taska selepas menaiki bas sekolah seperti biasa. Kami bermain-main di tepi kolam dan buaian di taman taska itu sebelum kelas dimulakan. Sambil asyik berkejaran dan bergelak tawa dengan rakan-rakan, aku secara senyap-senyap menyedari perlakuan pelik seorang ustaz ini. Dia memerhatiku dari jauh. Aku seorang sahaja yang menjadi fokus sedangkan ramai kanak-kanak lain yang turut berkumpul denganku di situ. Agak lama juga ustaz itu memerhatikanku lantas menerbitkan perasaan yang tak dapat ku gambarkan, lantaran kerdilnya pemikiran dan emosi kanak-kanak di usiaku yang baru sahaja mencecah 6 tahun ketika itu. Aku menyedari tingkah lakunya yang pelik, namun seperti kanak-kanak biasa yang lain, aku hanya buat-buat tidak tahu sahaja.
Tiba-tiba, ustaz ini akhirnya memberanikan diri untuk datang mendekatiku. Maka tidak hairanlah telaan ku ketika itu yang ustaz ini seperti mahukan sesuatu dariku. Dia memanggilku lantas mengarahkan ku untuk mengikutinya ke suatu sudut yang agak tersembunyi di sebalik bangunan taska itu. Aku pada mulanya enggan seperti ingin sahaja memberikan apa-apa alasan untuk tidak mengikutinya. Namun, mulutku terkunci seribu bahasa dan hanya mampu menurut katanya sahaja.
Sampai di satu sudut, aku mula bertanya dalam keadaan yang masih terpinga-pinga., "Kenapa ustaz panggil aku seorang sahaja?". Ustaz itu dengan rakus merampas beg sekolah ku. Aku tergamam dengan kelakuannya itu. Aku hanya mampu melihat tanpa berbuat apa-apa. Dia menyelongkar beg sekolahku sehingga menjumpai sebuah sampul surat. Sampul surat itu mengandungi sejumlah wang yang sepatutnya dijelaskan kepada seorang ustazah yang lain untuk yuran jamuan perpisahan di sebuah hotel. Aku memberitahunya hal yang sedemikian namun ustaz itu cuba pula meyakinkan ku bahawa sampul surat itu juga boleh diserahkan kepadanya. Sebagai seorang kanak-kanak, aku hanya mengiyakan saja perbuatannya itu tanpa keraguan.
Tibalah hari jamuan perpisahan, di mana ibuku juga turut menghadiri jamuan itu. Satu babak lagi yang tak dapat ku lupakan ialah ketika kami membuat persembahan nasyid di atas pentas. Aku dapat melihat ibuku dari jauh sedang rancak bercerita dengan ustazah-ustazah seolah-olah mengatakan sesuatu tentangku. Mungkin disebabkan keletihan, aku tiba-tiba sahaja pengsan di atas pentas dalam keasyikanku bernasyid sambil memerhatikan gelagat manusia-manusia yang memerhatikan persembahan kami pada ketika itu. Aku tidak menyedari keadaan yang berlaku selepas itu.
Selepas keadaanku menjadi baik, aku terus berjumpa dengan ibuku. Sambil tersenyum, ibuku bertanya kepada siapakah aku memberikan sampul surat yang berisi wang beberapa hari yang lepas. Aku serta-merta menunjuk ke arah ustaz yang ku ceritakan sebelum ini. Ustaz itu hanya menggelengkan kepala seolah-olah aku ini hanya mahu menuduhnya secara melulu. Keadaan hanya tergantung setakat itu sahaja selepas kami meninggalkan jamuan itu.
Sampai sahaja di rumah, ibuku tidak habis-habis bertanyakan soalan yang sama sehingga aku sudah jemu menjawab pertanyaan-pertanyaan yang dilontarkan. Apa yang lebih memalukan lagi, ibuku terpaksa pula membayar balik sejumlah wang yang telah hilang akibat sikap tidak bermoral ustaz itu. Keadaan ini tidak ubah seperti mereka lebih mempercayai seorang ustaz berbanding kanak-kanak yang baru sahaja berusia 6 tahun.
Kejadian itu telah meninggalkanku dengan persoalan yang sama selama bertahun-tahun tentang mengapa ustaz itu melakukan perkara sedemikian rupa. Aku tidak ingat bila sebenarnya aku menyedari perbuatannya itu adalah sesuatu kejahatan. Apa yang pasti, sepanjang proses ke alam kedewasaan, perbuatannya itu saja tidak pernah sesekali mengganggu gugat kekuatan akidahku dan keyakinanku yang dahulu terhadap islam...

Celaka punya uztaz! Budak2 pun nak ditipunya. Ustaz tu masih ada lagi sekarang? Kalau ada boleh jumpa dia dan bagi satu tumbukan padu.
BalasPadamYes, Melayu Freethinker dah mula menulis kisah hidup beliau. yes, yes, yes :D
Bila saya baca "Dia memanggilku lantas mengarahkan ku untuk mengikutinya ke suatu sudut yang agak tersembunyi di sebalik bangunan taska itu" saya dah rasa seram dan terfikir bukan-bukan...
PadamThen rasa lega kerana apa yg i fikirkan tu tak menjadi kenyataan. Ustaz tu hanya membuka beg sahaja (dgn rakus). Tapi rasa geram balik sebab dia curi duit! Ish, ustaz ni memang nak kena nih!
;)
Gembira sangat yang akhirnya Melayu Freethinker membongkar kisah latar belakang hidup :D Harap orang lain juga akan mendapat manfaat dan lebih memahami kenapa kita membuat pilihan-pilihan tertentu.
BalasPadamDan pastinya ada seseorang yang dapat menilai persamaan pengalaman yang dilalui dan boleh mula membuka mata. Tak sabar untuk membaca yang seterusnya <3
-A.
Orang berugama juga mencuri, merogol dan membunuh bila keadaan mengizinkan.
BalasPadamSaya amat setuju dengan kak nurulhuda. Seseorang itu perlu tahu membezakan moraliti dan agama. Seringkali dua perkataan ini dikelirukan. Orang agama kuat manapun boleh mempunyai moraliti yang korup. Anyway, selamat datang ke blog yang terpencil ini :)
Padamtahniah kerana berani buat keputusan untuk terbang bebas ke awan.
BalasPadamakku pon teringin nk bukak blog,tulis kisah mcmana aku bole jd atheist.tapi family members tahu sikit sebanyak hal2 hidup aku dan aku yakin diorang boleh matchkan profile yg aku tulis dgn diri aku siapa.lepas tu mesti kantoi besarla
BalasPadammasya Allah, kesian nya kamu.. saya bersimpati atas apa yang telah berlaku kepada kamu, setelah saya membaca kisah kamu, tetapi bukan ini jalan penyelesaian nya.
BalasPadammana sambungan yang lain.. xkan siri kedua je ada..
BalasPadamdisebabkan oleh seorang ustaz yang murtad, anda buat kesimpulan Islam itu teruk dan memutuskan untuk keluar ? Kelakar.
BalasPadam