Khamis, 5 September 2013

Kekurangan Dalam Pemahaman Manusia Sebagai Bukti Kewujudan Tuhan

Tidak dinafikan bahawa setiap cabang dalam bidang sains masih tidak lengkap lalu masih meninggalkan pertanyaan dan ruang-ruang kosong yang mungkin bakal diisi oleh generasi penyelidik di masa hadapan. Ahli-ahli sains biasanya melihat hal ini sebagai sesuatu yang masih terbuka dengan pelbagai bentuk kemungkinan. Terdapat individu yang berhujah menyimpulkan secara terburu-buru tanpa akal yang panjang bahawa segala sesuatu itu adalah di tangan tuhan, hanya kerana tiada teori saintifik yang mampu menjelaskan sesuatu perkara/fenomena itu. 

Hujah-hujah seperti ini juga dikenali sebagai hujah "tuhan jurang/ruang kosong" (God-of-the-gaps). Namun risiko tetap menghantui kekuatan hujah seperti ini apabila perkembangan ilmu sains itu sentiasa maju ke hadapan merungkai persoalan dan mengisi ruang-ruang kosong itu satu demi satu. Kesannya, bukti kekuasaan Tuhan itu semakin hilang dengan hasil penemuan-penemuan saintifik terbaru. 


Kisah ahli-ahli saintis ternama seperti Isaac Newton dan Albert Einstein adalah antara contoh klasik dalam penghujahan tuhan jurang/ruang kosong. 

Newton telah mencipta satu persamaan matematik untuk daya graviti dalam menerangkan dan meramalkan pergerakan planet dengan ketepatan yang jitu. Orbit planet yang mengelilingi matahari boleh dikira berdasarkan formulasi teori beliau. Akan tetapi, terdapat juga interaksi graviti antara planet-planet, bukan sahaja interaksi graviti antara planet dan matahari.

Sebagai contoh, apabila Bumi melintasi perjalanan Marikh dalam orbitnya mengelilingi matahari, terdapat interaksi yang kecil tetapi penting dalam menpengaruhi kadar graviti antara Marikh dan Bumi. Disebabkan interaksi seperti ini berlaku beberapa kali dalam setahun, Newton lantas mengesyaki bahawa terdapat gangguan graviti yang terkumpul secara perlahan-lahan lalu sedikit mencacatkan kesempurnaan postulat teori beliau. Untuk mengatasi hal ini, Newton telah mencadangkan bahawa Tuhan semestinya perlu sekali-sekala untuk campur tangan dalam menyesuaikan (tune up) sistem solar untuk menjaga kestabilan alam semesta. 

Ini merupakan salah satu contoh pemikiran "tuhan jurang/ruang kosong' oleh Newton. Pada permulaanya, teori-teori saintifik dicadangkan bagi menerangkan seberapa banyak mungkin ilmu yang mampu difahami. Kekuasaan Tuhan kemudiannya dibawa masuk untuk menutup apa-apa jurang dan ruang kosong yang masih tidak dapat dijelaskan fenomena/kejadiannya.

Hasil sumbangan penyelidikan yang berterusan, kita kini mampu mengetahui bahawa terdapat kekurangan dalam pemahaman Newton yang tidak seharusnya dijawab dengan hujah tuhan jurang/ruang kosong yang sudah tidak relevan. Ahli saintis ternama seperti Albert Einstein yang mengemukakan teori kerelatifan 'masa dan ruang' dengan ketepatan pengiraan yang lebih jitu telah mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh teori Newton. Dengan itu, pelbagai macam persoalan yang lain juga tidak perlulah disumbat lagi jurangnya dengan delusi yang sekian lama menjadikan manusia lebih malas berfikir secara kritikal dan mencari jawapan misteri kehebatan alam ini.

2 ulasan:

  1. tuhan jurang, direka untuk sementara waktu, sama seperti muhammad yang mereka tuhan islam, untuk sementara waktu, ketika muhammad masih hidup, untuk kegemilangan dirinya sendiri. sebab tu bila muhammad mati, islam terus jatuh dan tak naik-naik sampai sekarang. dan kita manusia hari ini, seperti Albert Einstein yang berjaya menjawab tuhan jurang rekaan muhammad itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tuhan jurang itu selalu digunakan untuk menjawab pesoalan yang masih tergantung. Konsep ini menjadikan manusia cenderung menyalahkan sifat kekurangan sains sebagai justifikasi kewujudan tuhan. Lebih teruk lagi, kewujudan tuhan jurang telah menyebabkan manusia malas untuk berfikir dan tidak berani mempersoalkan sesuatu, malah menurut sahaja seperti kerbau dicucuk hidung...

      Padam