Evolusi adalah sebuah teori sains. Apabila sesuatu itu dikaitkan dengan sains, maka ianya juga adalah sesuatu perkaitan dengan ilmu yang boleh dikaji dan diketahui dengan realiti yang nyata.
Teori evolusi adalah bergantung kepada fakta empirik (berdasarkan eksperimen dan pemerhatian) dan bersifat konsisten; teori-teori logik berkaitan dengan dunia adalah berasal dari fakta-fakta sedemikian (sepertimana fakta dalam teori sains evolusi). Ianya bukanlah satu cabang falsafah, mahupun sistem kepercayaan, atau agama ; namun malangnya untuk teori sains evolusi saja, manusia dengan dogma agama yang kuat sentiasa mempunyai kecenderungan untuk menafikannya dengan konsep keagamaan, iaitu berkaitan penciptaan makhluk oleh tuhan semesta alam.
Terdapat beberapa kriteria tertentu yang melayakkan sesuatu perkara itu sesuai untuk dikenali sebagai agama. Namun demikian, evolusi gagal menepati kesemua kriteria-kriteria tersebut. Teori evolusi tidak mempunyai nabi, kitab-kitab suci, kuil, mahupun ciri-ciri keagamaan/ritual yang lain. Ianya tidak menetapkan apa-apa peraturan untuk suatu perlakuan/tingkah laku; evolusi tidak menjanjikan sebarang pahala jika seseorang ingin mematuhinya, ia juga tidak mengancam mana-mana individu yang menafikannya dengan hukuman neraka jahannam. Ianya tidak menyediakan apa-apa kaitan dengan ritual penyembahan ; tiada sesiapapun yang perlu berdoa kepada evolusi. Ianya juga tidak menyentuh langsung mana-mana topik kehidupan selepas kematian ataupun kewujudan roh. Teori sains evolusi juga tidak menyentuh isu-isu samada tuhan itu wujud ataupun tidak wujud. Teori evolusi merupakan mekanisme yang menyebabkan kehidupan di bumi ini mengalami dan menjayakan lagi proses kepelbagaian species.
Terdapat sesetengah pihak yang membuat dakwaan bahawa
evolusi mempunyai kedua-dua nabi dan kitab – iaitu Charles Darwin dan bukunya ‘On
the Origin of Species’. Walau bagaimanapun, dakwaan ini adalah mengarut dan tidak berasas.
Walaupun Darwin merupakan seorang ahli sains yang bijak dan cerdik , tiada
siapa yang pernah mendakwa bahawa tulisan beliau adalah berbentuk seperti
ayat-ayat suci, mahupun mempunyai sebarang kelebihan kurniaan tuhan atau
mukjizat yang tidak terdapat dalam diri mana-mana manusia biasa.
Teori pemilihan semula jadi (‘natural selection’) yang
diformulasikan Darwin adalah lahir daripada tahap pendidikan sains beliau yang tinggi, disertai
dengan kajian dan pemerhatian yang mendalam dan teliti. Walaupun telah
menghasilkan satu kertas kerja yang diterima secara meluas di dalam komuniti
sains atas sebab kesahihannya dalam menyelesaikan beberapa pertikaian ilmu,
masih terdapat sedikit kesilapan dan ketidaklengkapan teori Darwin dalam
beberapa cabang teori evolusi yang terkini, seperti spekulasi mengenai
mekanisme pewarisan, yang kurang difahami pada zamannya dan mungkin agak sukar
juga untuk beliau menjangkakan kebenarannya pada ketika itu. Teori evolusi kekal
dalam menerapkan banyak idea-idea asal Darwin, walaupun terdapat perubahan ke
atas teori tersebut sesuai dengan penemuan-penemuan terbaru ahli-ahli sains biologi
dan cabang-cabang saintifik lain yang berkaitan.
i percaya pada evolusi. dan i pernah baca tentang satu teori yang mengatakan alien yang muncul hari ini adalah sebenarnya manusia, iaitu kita sendiri di masa depan, datang menaiki ufo yang sebenarnya ialah mesin masa, membuktikan yang manusia terus berevolusi menjadi semakin bijak.
BalasPadamIroninya, ramai manusia yang sudah membuta tuli menolak evolusi tanpa menyelami keindahannya langsung...
Padamhahahahahahahaha...persis kartun 'doraemon' kalian ini semua...oppss!!
PadamHalluuu bunga lily. Selamat bertandang ke blog gue. Doraemon itu sungguh comel skali buuk. Kok masih nggak ketahuan??? :P
Padamishh...pendelusi ateis dalam kefanatikan teori evolusi yang tiada bukti nyata.
BalasPadamBelajar dahulu apa itu teori evolusi sebelum membuat kesimpulan macam tu, okkayyy? Cuba menuntut ilmu dari buku-buku teks biologi. Takkan lepas topik evolusi kerana faktor evolusi itu sentiasa merangkumi semua organisma hidup.
PadamSaya yakin sekiranya kamu mendalami evolusi, kamu takkan dapat sangkal bukti-bukti yang jelas dan nyata tentangnya. Ramai saintis agama tidak mampu lagi menolak kesahihan teori evolusi di mana akhirnya mereka cuba untuk menyesuaikan teori evolusi itu dengan teori agama anutan mereka. Tapi malang sekali, teori evolusi jelas telah menjatuhkan teori Adam dan Hawa dan sekaligus menjadikan teori agama tidak ubah seperti carita dongeng kanak-kanak. Adam yang kononnya diciptakan dari tanah liat dan Hawa yang diciptakan dari tulang rusuk Adam. Ini sesuatu yang tidak logik dan tidak mampu dibuktikan secara saintifik. Paling jijik lagi, anak mereka yang 'buat anak' untuk melahirkan generasi seterusnya (sumbang mahram). Lagi merapu teori macam tu.
Teori Adam dan Hawa langsung tiada penemuan bukti, malah tiada juga dinyatakan ceritanya dalam mana-mana buku teks biologi di seluruh dunia.
sedikit sebanyak saya ada buat sedikit research lah kak oi (belajar untuk diri sendiri)...topik evolusi ni masih banyak di perdebatkan lagi bukannya jawapan yang secara total sahih.bukan saya cakap secara rambang jer.saya pun minat jugak sains tapi belum tahap fanatik lagi.Berkenaan bab Adam dan Hawa,kita hanya peroleh ilmu merujuk teks pembelajaran di sekolah sekolah tanpa ada sesiapa memperjelaskan secara terperinci termasuk ibubapa dan ustad sekalipun.saya benar2 hanya memahami Islam melalui berbagai liku2 mencari guru2 pondok termasuk Thailand,Kalimantan dan tanah Jawa yang boleh menyelesaikan masalah yang terbuku di hati seperti kamu para Atheis yang terlampau banyak pertanyaan mengenai ugama islam yang kononnya banyak mengelirukan pada zaman ini.Akan tetapi sebenarnya Islam itu bertepatan dengan sains jika sesiapa yang meminta kepadaNYA.
BalasPadamSaya tak mahu mengulas panjang mengenai Islam sebab ini bergantung pada penerimaan,kesungguhan peribadi seseorang.
Cuma saya berasa pelik dengan Ateis kat Malaysia suka mengaitkan Islam,kalau dah tak percaya just forget it.tak perlu nak create macam2 cerita mengenai islam.
Contohilah Stephen Hawkings,Albert Einstein,Charles Darwin dll tak pernah nak provoke macam korang semua dalam melontarkan idea.
Apa pulak sumbangan kaum Ateis kat Malaysia?emmmmm.....???
"sedikit sebanyak saya ada buat sedikit research lah kak oi (belajar untuk diri sendiri)..."
Padam"saya pun minat jugak sains tapi belum tahap fanatik lagi."
- Kata2 pengakuan kamu ini sahaja sudah cukup membuktikan bahawa kamu tidak sepatutnya mengatakan teori evolusi itu sesuatu yang tiada bukti yang nyata. Sila cermin diri sendiri sebelum melepaskan kegeraman anda. I don't see any credibility for you to even talk about evolution theory. Sorry ;)
"Berkenaan bab Adam dan Hawa,kita hanya peroleh ilmu merujuk teks pembelajaran di sekolah sekolah tanpa ada sesiapa memperjelaskan secara terperinci termasuk ibubapa dan ustad sekalipun."
- 'Tanpa memperjelaskan secara terperinci'???? Anda tak rasa ker ada something wrong kat sini?
"saya benar2 hanya memahami Islam melalui berbagai liku2 mencari guru2 pondok termasuk Thailand,Kalimantan dan tanah Jawa yang boleh menyelesaikan masalah yang terbuku di hati "
- Dakwaan kamu itu sahaja takkan cukup membuktikan yang kamu ini pakar agama. Kalau kamu pakar agama sekalipun, ianya takkan mengubah pendirian saya bahawa agama itu tidak ubah seperti omongan kosong.
"Akan tetapi sebenarnya Islam itu bertepatan dengan sains jika sesiapa yang meminta kepadaNYA."
- Jadi, kalau macam kami ni yang tidak meminta kepadaNya, adakah sains itu boleh jadi sudah tidak bertepatan dengan agama?
"Saya tak mahu mengulas panjang mengenai Islam sebab ini bergantung pada penerimaan,kesungguhan peribadi seseorang."
-Ulasan/dakwah kamu tentang islam itu tidak diperlukan di sini. Lagi berfaedah kalau kamu mengulas panjang kepada masyarakat islam yang masih dahagakan ilmu agama. Macam kami yang sudah mendalami agama ini, tak perlu lagi dicuci dengan benda-benda yang meloyakan itu.
"Cuma saya berasa pelik dengan Ateis kat Malaysia suka mengaitkan Islam,kalau dah tak percaya just forget it.tak perlu nak create macam2 cerita mengenai islam.
- Ateis kat luar negara suka kaitkan kristian/agama asal dorang, malah lagi mengutuk teruk agama islam dan amat popular sekali ianya dikaitkan dengan keganasan. Kat malaysia golongan murtad masih dalam kekangan. Jadi jangan hairanlah golongan seperti kami ini bangkit.
"Contohilah Stephen Hawkings,Albert Einstein,Charles Darwin dll tak pernah nak provoke macam korang semua dalam melontarkan idea."
- Terima kasih atas nasihatnya. Of course, saya mencuba sedaya upaya mengikuti jejak langkah mereka ini. Namun, jika kamu kaji betul2, Stephen Hawking dan Albert Einstein ini banyak kritik tuhan dalam konsep agama secara halus dan berbaur sindiran. Mungkin kamu sahaja yang tidak menyedarinya.
"Apa pulak sumbangan kaum Ateis kat Malaysia?emmmmm.....???"
- Ramai ateis2 cendekiawan yang masih menyembunyikan identiti atheism mereka kerana tidak mahu dipulaukan masyarakat. Lebih-lebih bila menjadi murtad. Kita tidak tahu mungkin mereka ini telah menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat negara ini. Jadi seharusnya soalan kamu itu tidak relevan lagi kerana sebab yang telah saya sebutkan di atas. Harap faham.
'kak oii'..jgn hanya mmbuat kajian mengikut 'suka hati' yg mana best aja....yg ngak suka xnk dikaji(cth kajian2 drpd cendiakawan /ilmuan islam mgkaji al-quran yg ada bukti berhubung kait dgn kejadian alam/manusia..ngerti lu?
PadamTerima kasih buuk atas peringatannya :) Ibu pula bagaimana? Udah belajar teori evolusi nya nggak? Sungguh jauh sekali ibu berpeleseran dari indonesia sampai ke sini :P Ibu udah baca post gue yang bertajuk "Alam Semesta Dari Perspektif Kitab-Kitab Lama"? Udah nggak ibu melihat foto alam semesta yang direncanakan di dalam al quran itu? Ianya sungguh mungil sekali persis alam semesta Doraemon xD
Padamheheheheh...kok jauh?hanya dihujung jari aja sis..pelik..huhuuhuhu
PadamOkey lah,tak guna kita nak bercerita tentang agama tapi keadaan memaksa kerana puak anda yang lebih mengaitkan agama.(tak percaya agama tapi sibuk cerita agama itu,ini...pelik)
BalasPadamPada saya kaum ateis di Malaysia hanya menggunakan ketidakpercayaan ketuhanan sebagai "escapisme" untuk bebas melakukan agenda tersembunyi di lubuk hati pada setiap individu ateis yang ternyata tiada "originality".
Maksud saya membebaskan minda untuk menuntut lebih kebebasan yang "more option" dan lebih menjurus kepada "kebebasan mengikut keinginan berpilih pilih" walaupun banyak yang menciplak dari peraturan kehidupan dari jurusan agama.
Contohnya gaya kehidupan ateis malaysia yang lebih mengagungkan kehidupan bebas budaya barat,mendapat pendidikan dari barat,ingin bebas sex, memilih pasangan sejenis,minum arak dan pelbagai lagi yang faktor penyebab untuk memberi alasan ketidakwujudan tuhan.Kekangan agama menyebabkan mereka terbatas untuk melakukan perkara yang tidak dibenarkan tuhan lalu berputus asa meminta layanan istimewa dari tuhan agar menunjukkan bukti akan kewujudanNya.
Dalam erti kata yang mudah ateis hanya mengambil peraturan kehidupan sosial dengan mencuri dari idea dari golongan yang percaya pada konsep ketuhanan atau lebih tepat ateis itu hanya individu2 hipokrit sepanjang zaman.
Contohnya kehidupan sosial haiwan yang tiada berperaturan dari segi sex(hanya 1 contoh).Haiwan itu bebas melakukan sex dengan ibu,bapa,adik beradik sendiri.Adakah setelah menjadi manusia ,kaum ateis yang mencipta undang2 bahwa sex sesama keluarga tidak dibenarkan.
Apa terjadi sekiranya dunia tanpa agama?Adakah teori evolusi membentuk peraturan,undang2 kemanusiaan sedangkan definisi primat dalam sains tidak terikat dalam apa jua undang2.
Tiada bukti fosil menunjukkan kesahihan teori evolusi.Benarkah petunjuk anatomi manusia bereovolusi dari ikan,dinasour berlengan berevolusi kepada burung, T Rex berevolusi kepada biologi ayam atau ikan paus mula merantau di darat untuk berevolusi?
Teori big bang yang cuba di terjemahkan melalui Higgs Boson di CERN masih tidak mendatangkan apa2 bukti mengenai evolusi malah tidak stabil langsung!
Adakah anda mengharap kami yang percaya kepada ketuhanan untuk mengunyah segala sogokan hidangan delusi semberono Saintis yang menjadi keimanan para pengikut ateis yang bagai debu berterbangan hanya ikut sahaja arah angin.
Keintelektualan menyorokkan kebodohan mungkin ungkapan yang sesuai untuk ateis kat Malaysia. "Professing to be wise they became fool"(sekadar meminjam kata2).
Bila hati dah gelap zulmat maka bermacam alasan akan di beri oleh kaum Atheis.Lebih ironinya tidak percaya tuhan tapi menceritakan kisah tuhan malah ada perasaan takut akan pembalasan tuhan.Kebodohan apakah ini?
"kebodohan apakah ini?" = bodoh sombong gitu...heheeheh
Padambunga lily: Kasihan gue melihat ibu hanya kepingin melatah aja di mana-mana. Sungguh sadis melihat komentar-komentar ibu di blog melayu atheist dihapusin terus. Di harap ibu dapat beradab sopan di sini agar komentar-komentarnya nggak dihapusin, ngerti buuk? :P
Padam"gaya kehidupan ateis malaysia yang lebih mengagungkan kehidupan bebas..."
Padam- Ko x bolehlah suka2 tuduh semua ateis camtu. Ateis pun macam manusia lain juga ada macam2 ragam. Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat what. Hari2 buat aktiviti ilmiah dan pergi bersenam kat gym. So tuduhan2 kamu itu adalah melulu dan tidak berasas sama sekali. Total rubbish..
Sorrylah saya x habis baca komen anda. Panjang sangatlah *menguap*...
Next time you better come up with a short and simple argument and let's see if we can go with the flow la. Saya x suka argue panjang2 sangat. Letih nak layan. Lagipun, kamu takkan pay attention punya kalau saya dah refute hujah2 kamu.. That'll be useless...
Also please don't preaching non-sense here like the comment above. Please do that somewhere else, not here. If you do that again, I'll remove your comment. This one I bagi chance la x padam supaya ko x mengamuk. Lagipun kesianlah ko dah tulis2 panjang2 kan. LOL. I just don't want the readers of this blog to read bullshits. Harap faham. Tq.
PadamOne more thing, komen2 berbentuk personal attack (Ad hominem) mahupun sebarang bentuk penghinaan kepada individu2 ateis tidak akan dilayan dan akan dipadam serta merta. Sekian.
PadamOkey...baik kak.
Padamaduhh....ngak perlu kasihan sama aku ya..ada aku kisah mau delete atau ngak sis..?ni ya empunya kamu..terserah aja..aku bukan sensitive cepat melatah persis kalian nih ya..hehehehe
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam*Menguap*
Padampekena kopi dulu bro..jengilkan mata sikit tengok komen tu...hahhahaha
Padamdah saya sendiri delete post....nak ambil hati akak yang terguris.
BalasPadam