Agama dan kerohanian merupakan dua perkataan yang berbeza yang saling berkait rapat sehingga kebanyakan manusia selalu keliru dan tidak mampu menilai perbezaannya berdasarkan kekuatan analisis minda dan hati nurani.
Perkaitan antara agama dan kerohanian itu terjadi apabila agama digunakan sebagai sumber kerohanian melalui perkongsian nasihat, motivasi ketenangan melalui ceramah-ceramah agama, dan pelbagai lagi aktiviti yang lain. Malangnya, tidak dapat disangkal lagi agama juga merupakan punca keganasan , peperangan, diskriminasi, ketaksuban, penderitaan, dan pelbagai jenis kejahatan yang lain. Seringkali juga kita mendengar ahli politik cuba menyalahgunakan konsep keagamaan dalam mewajarkan pemikiran politik dan penguatkuasaan undang-undang yang tidak relevan sehingga menindas golongan tertentu, terutamanya golongan minoriti.
Lain pula ceritanya untuk terminologi kerohanian dari perspektif kemanusiaan tanpa perkaitannya dengan ajaran agama. Pendekatan kerohanian tersebut adalah melalui penekanan nilai-nilai murni seperti kasih sayang, belas kasihan, toleransi, tanggungjawab dan keprihatinan terhadap orang lain. Ini adalah sifat-sifat universal tanpa mengira apa-apa fahaman yang tidak boleh dilihat secara kasar, akan tetapi dapat dirasai dan boleh disimpulkan melalui pemerhatian kita. Kerohanian adalah nilai sensitiviti seseorang kepada perkara-perkara bersifat dalaman melalui naluri semulajadi manusia.
Maka dapat dilihat di sini bahawa agama merupakan sebuah tradisi dengan ajaran-ajaran tertentu, manakala kerohanian pula adalah hasil dari pengalaman yang timbul ketika menjelajah nilai dalaman diri kita sendiri dalam mencari sebuah kebenaran.
Seseorang yang melompat ke dalam sungai yang sejuk dan membahayakan nyawanya sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang yang tidak dikenali tidak perlu bertindak mengikut sebab rasional, sebaliknya hal ini datang dari nilai dalaman individu tersebut. Tindakan ini hanya boleh difahami melalui nilai kerohaniannya.
Kesimpulannya, seseorang itu perlu mempunyai pemahaman seni dan kecantikan untuk menghargai satu nilai kesenian simfoni ataupun sesebuah lukisan. Begitu juga dengan kerohanian. Kesedaran dalaman naluri manusia itulah sendiri yang menjadi inspirasi kepada nilai kerohanian, tanpa perlu ditentukan nilainya oleh mana-mana entiti yang mempunyai masalah mental yang serius.
Kadang-kala disinilah sesetengah muslim lupa yang orang beragama lain/ tidak beragama masih lagi mempunyai empathy. Mereka cepat sangat untuk samakan ateis dengan tidak bermoral. Padahal merekalah yang selalu yang menghalalkan pembunuhan atau penindasan atas nama agama.
BalasPadamMungkin mereka lupa waktu sekolah dulu, semua yang non-muslim pergi kelas Pendidikan Moral waktu mereka belajar kelas agama kot :P
-A.
Yup.. Saya bersetuju dengan cik A. Dengan itu, setiap individu perlulah menyebarkan kesedaran kepada mereka-mereka yang kurang pendedahan ini :)
PadamNampaknya penulis sendiri keliru dengan definasi kerohanian.Istilah Kerohanian pada zaman sekarang terlampau banyak mengikut perspektif masing2.Malah di dalam masyarakat islam sendiri masih keliru apa itu rohani apatah lagi agama2 yang lain.
BalasPadamPenulis Melayu Freethinker sendiri tidak tahu meletakkan entiti "rohani" pada pada tingkatan yang sebetulnya.Tingkatan rohani itu sendiri mempunyai beberapa "MAKAM"@mertabat mengikut kefahaman ISLAM.
Saya tidak ingin membahas perkara keugamaan lebih lanjut kerana tiada faedahnya jika dipihak pemilik blog yang sudah meng"TIADA"kan kewujudan ALLAH.Cuma saya ingin membetulkan persepsi kaum ateis yang hanya mengkaji ugama ISLAM melalui saluran yang banyak dicampur adukkan samada di internet,perpustakaan,kitab,atau ustad yang masih keliru dengan agamanya sendiri.
1. Adakah anda cuba menyatakan agama islam sahaja yang memiliki sifat kerohanian?
Padam2. Apa cerita pula dengan agama-agama yang lain? Adakah nilai kerohanian agama-agama lain itu tidak wujud?
3. Di manakah kamu hendak meletakkan nilai-nilai kerohanian manusia yang secara geografi dan demografinya lahir dalam kehidupan yang tiada apa-apa agama kerana pengaruh mana2 agama tidak pernah sampai ke tempat mereka?Adakah mereka ini tiada nilai kerohanian hanya kerana tiada kepercayaan terhadap islam?
4. Apa bukti dakwaan kamu bahawa tingkat2 kerohanian yang kamu nyatakan di atas adalah sesuatu ajaran yang benar tanpa berlandaskan kepercayaan anda semata2?
Saya tidak meminta anda untuk memberikan/menjelaskan jawapan kepada saya berkaitan soalan-soalan yang saya ajukan di atas. Sebaliknya, hanya mampu berharap agar diri anda sendiri boleh berfikir dan mencari jawapannya. Simpanlah jawapannya untuk diri anda sendiri. Saya tidak akan menilai diri anda sepertimana anda telah menilai diri saya kerana saya faham sifat2 seperti ini adalah bersifat serangan peribadi (Ad hominem), iaitu sesuatu hujah yang tiada kematangan langsung. Sekian...
islam memang agama yang sukakan peperangan dan keganasan. bayangkan satu ketika dahulu ketika i terpaksa pergi ke masjid untuk sembahyang jumaat, khatib yang baca khutbah terang-terang mengajak jemaah untuk berperang menentang bukan islam dan mereka yang tak percaya pada islam, kegilaan apakah ini..?
BalasPadamMemerangi golongan bukan islam adalah sesuatu konsep yang sudah sebati dalam ajaran Islam. Jika anda teliti secara mendalam, terdapat banyak ayat-ayat al-quran yang menyeru kepada jihad menentang golongan bukan islam. Buka sahaja al-quran di surah-surah terawal seperti surah al-Baqarah, sudah boleh lihat ayat2 berkaitan seruan2 dan ancaman2 ke atas golongan bukan islam ini.
Padammain tembak jer korang nih...itu salah individu itu sendiri bukan salah agama.kalau nak belajar ugama yang sebenar datang lah jumpa saya..jangan hanya berkhayal tentang ISLAM dengan persepsi sendiri yang mengarut tu.
BalasPadamNo, thanks. Saya sudah mendalami agama dan membesar dalam keluarga yang kuat agama. Jangan cepat sangat membuat kesimpulan tentang seseorang yang kamu belum betul2 kenali, ok? Itu hanya menunjukkan sifat kamu yang kuat berstereotype sahaja. Maka tidak bezalah kamu dengan orang yang tidak waras akal pemikirannya.
PadamBerkhayal tentang islam? LOL It's me who should say that to you...
"kalau nak belajar ugama yang sebenar datang lah jumpa saya.."
BalasPadamwow...bold claim
Terima kasih atas ajakan anda. Maafkan saya kerana bidang agama bukan lagi menjadi minat saya. Sudah terang lagi bersuluh penipuan agama itu walaupun pada asasnya sahaja. Manfaatkanlah kemahiran mengajar agama anda kepada insan-insan lain yang lebih berminat.
Padam