Antara sebab manusia tidak percaya kepada kewujudan tuhan adalah kerana tiada alasan mahupun sebab yang baik dan kukuh untuk mempercayainya. Oleh kerana manusia beragama adalah mereka yang memulakan dakwaan kewujudan tuhan, secara automatiknya beban adalah di bahu mereka untuk membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.
Mana mungkin seseorang dapat membuktikan perkara yang tiada itu tidak wujud. Bukti itu perlu wujud untuk ianya menjadi 'bukti'. Contohnya, bagaimana seseorang itu membuktikan ketidakwujudan seekor kucing yang boleh terbang, sedangkan kucing hidup seperti itu tidak wujud di dunia yang nyata?
Mereka yang taksub percaya kewujudan kucing seperti itu mungkin menyalahkan manusia lain yang tidak percaya, lantas melabel mereka ini bodoh sombong dan kufur nikmat kewujudan kucing yang berkebolehan untuk terbang. Ini adalah perbuatan yang melampaui batas rasionaliti. Begitulah situasinya dengan manusia yang beragama yang mewarisi dakwaan yang tiada kewarasannya di mata mereka yang tidak percaya.
Di samping itu, percaya itu bersebab, manakala tidak percaya itu pula mungkin tidak bersebab. Samalah halnya seperti ketidakpercayaan umat islam terhadap Santa Claus, Xenu mahupun Zeus. Umat islam tidak mempercayai watak-watak tersebut kerana tiada sebab yang kukuh untuk mempercayainya. Boleh jadi juga keadaan tidak bersebab itu adalah kerana ketiadaan sebab. Manusia mungkin sudah tidak kisah lagi kerana ianya hanya mengusutkan pemikiran sahaja apabila sesuatu yang tidak wujud itu diwujudkan.
Seseorang juga mungkin sudah jenuh mencari-cari sebabnya kerana akal sudah tidak mampu menanggung beban untuk menipu akal sendiri dalam merelevankan sesuatu yang tidak relevan. Selagi mana dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan, selagi itulah manusia yang tidak percaya berada di posisi yang relevan dan kukuh lagi mantap.
Sering kali orang beragama meminta kita yang memberi bukti ketiadaan tuhan sedangkan merekalah yang sepatutnya menunjukkan bukti kewujudan tuhan.
BalasPadamMinda mereka tidak mampu merasionalisasikan kewujudan tuhan, maka mereka mengatakan minda itu limited. Mereka beralih kepada keimanan/faith yang sudah tentu berlandaskan delusi dan khayalan mereka semata-mata.
Post yang Menarik untuk difikir-fikirkan :)
Thanx dear ;) Mereka yang berkata minda itu limited mungkin tidak sedar sebenarnya merekalah sendiri yang meletakkan had dalam minda mereka yang menyempitkan pemikiran. Had minda manusia itu berubah-ubah mengikut peredaran masa dan tak perlu katakannya 'limited' kerana ianya seolah-olah tidak yakin kepada potensi diri. Inilah realitinya manusia yang mencampakkan potensi minda mereka...
Padamhaha Doraemon! teringat dulu2 time sekolah agama, ada sorang uztazah ni kata cerita Doraemon ni syirik sebab manusia tak sepatutnya mintak hajat (wish-making) kepada sesuatu selain dari Allah SWTF.
BalasPadamterasa bodoh pulak cos time tu i lived in guilt everytime tengok katun or baca komik Doraemon.
ckp psl mintal tolong dpd selain allah ni,terpikir satu persoalan.apa maksud minta tolong selain allah?kenapa minta tolong dgn jin (assume jin wujud ikut kepercayaan islam) menjadi syirik,contohnya minta tolong jin menjaga tanaman.kalau jin tu wujud,dia pun makhluk mcm manusia,cuma lain kategori dan lbh rendah IQ dr manusia.sedangkan kalau kita mintak tolong dpd seorang kawan kita utk duduk jaga tanaman kita tu xde masalah pulak,walaupun kawan kita tu pun definitely selain allah jugak.
PadamYup betul juga tu 'Tanpa Nama'. Kalau kita tak boleh minta pertolongan selain dari Allah, maka dengan manusia pun kita tak boleh minta tolong jugalah. Macam tu tak payah amalkan sikap tolong menolong sesama manusia kan sebab hanya Allah je yang boleh tolong. Nampaknya muslim sudah faulty reasoning dalam bab ini...
Padambagaimana kita nak buktikan tidak wujudnya sesuatu yang sememangnya tak wujud.
BalasPadami suka ayat tu :-)
^_^
Padam