Selepas menghabiskan pendidikan taska, aku dihantar pula ke sekolah rendah dari darjah satu sehingga darjah enam. Aku menghadiri sekolah kebangsaan biasa pada waktu pagi dan sekolah ugama pada waktu petang. Detik-detik pada ketika ini adalah sesuatu yang amat menyeronokkan kerana aku dapat belajar ilmu duniawi dan keagamaan pada masa yang sama mempunyai rakan-rakan sepermainan yang ramai. Rutin harianku banyak dihabiskan dengan alam persekolahan dan bermain dengan rakan-rakan ketika ada kelapangan.
Pada ketika ini juga, aku sudah berjinak-jinak dengan pelbagai ilmu agama dan bahasa arab atas minatku sendiri tanpa paksaan. Aku masih ingat betapa terujanya aku membaca buku-buku pelajaran bahasa arab sehingga buku adikku yang masih dalam tadika ketika itu pun aku kebas. Tidak lupa juga buku hikayat nabi-nabi dan wali-wali. Aku juga tanpa segan silu pandai berpura-pura solat di depan ibuku sedangkan aku masih tidak menghafal apa-apa bacaan solat, cuma ingin membuatnya bangga sahaja ketika melihatku bersungguh-sungguh mahu mendalami ilmu dan ibadah agama. Keterujaan ku itu juga 'terlebih' sehingga tahap mahu ikut pergi sembahyang jumaat di masjid. Nasib saja ibuku lantas menghalang kemahuanku itu.
Pernah satu hari kami sekeluarga pergi ke sebuah pulau yang terletak di kawasan bakau untuk menziarahi makam seorang wali yang kononnya dipercayai dapat membuang 'sial' sekiranya mandi di telaga berhampiran makamnya. Yang menariknya, makam wali tersebut terletak di kawasan habitat biawak. Maka terdapat banyak biawak yang merayap-rayap di kawasan itu. Aku mulanya merasa takut, namun selepas diceritakan bahawa biawak-biawak tersebut merupakan 'penjaga' makam wali itu, maka aku kembali menjadi tenang. Agak pelik kerana biawak-biawak tersebut langsung tidak menganggu kami ketika itu. Impak dari penjelajahan tersebut, aku menjadi lebih ingin tahu tentang cerita-cerita keajaiban dan kuasa-kuasa ghaib para wali.
Ibu seringkali menceritakan kepada kami adik-beradik berkaitan kisah-kisah keajaiban nabi pada waktu malam sebelum tidur. Satu kisah 'lucu' nabi yang sukar untukku lupakan ialah berkaitan dengan nabi Nuh. Terdapat satu babak dalam kisah nabi Nuh ketika mana kaumnya membuang najis ke dalam bahteranya kerana mereka bermusuhan dengan nabi Nuh. Satu hari, seorang yang buta terjatuh ke dalam bahtera tersebut lalu terkena najis, akibatnya penyakit butanya itu secara serta merta disembuhkan. Cerita itu kemudiannya tersebar luas di kalangan kaum tersebut sehingga najis di dalam bahtera itu menjadi perhatian. Najis tersebut kononnya mampu mengubati pelbagai jenis penyakit, sehingga akhirnya bersihlah bahtera itu dari sebarang kekotoran. Apa yang paling melucukanku ialah disebabkan ianya terlalu 'laku', ada di kalangan manusia yang sanggup menjilat najis tersebut sehingga tiada sikit pun sisa baki yang tertinggal di atas bahtera itu. Kami adik-beradik hanya mampu tergelak besar selepas itu.
Walau bagaimanapun, jauh di sudut hati ini meragui kesahihan cerita di atas. Mungkin ibu tersalah baca kerana sebagai seorang kanak-kanak, aku sudah dapat menilainya sebagai sebuah cerita yang tidak logik dan menjijikkan. Lantaran itu, aku cuba mencari kesahihannya dan akhirnya dapat mengetahui bahawa cerita ini adalah sama sepertimana yang diceritakan dalam buku-buku agama. Mungkin atas faktor perkembangan pemikiran yang tidak cukup kritikal lagi, maka keraguan itu hanya tergantung begitu sahaja walaupun hakikatnya aku masih tidak mampu menerima logiknya semasa membesar dalam suasana islamik.
Agak banyak cerita-cerita agama lain yang tidak masuk akal bagiku tetapi aku hanya menerimanya saja secara 'memaksa diri' untuk percaya kerana hanya mahu 'play safe' dan takut sekiranya dihumban oleh Allah ke dalam api neraka kelak. Ianya adalah jauh berbeza sekali dengan 'kepercayaan'ku kepada ilmu sains, walaupun terdapat beberapa teori yang agak pelik, seperti teras bumi ini mempunyai suhu yang lebih panas daripada permukaan matahari, dan fosil-fosil yang ditemui ketika zaman-zaman purba paleolitik, mesolitik, neolitik, dan sebagainya. Aku dengan mudah mampu menerima logik dalam setiap topik sains kerana bukti-bukti yang sahih lagi kukuh, tidak seperti cerita-cerita keajaiban nabi-nabi yang agak kabur-kabur kesahihannya.
Cerita-cerita seperti ini tidak sedikitpun menggoyahkan keimananku. Malah ianya seolah-olah 'menguatkan' lagi keyakinanku terhadap agama. Aku banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti keagamaan seperti pertandingan nasyid dan hafazan. Dahulu, aku mempunyai inspirasi untuk menjadi seorang hafizah kerana mengetahui 'ganjaran' menariknya seperti dapat menyelamatkan 10 orang ahli keluarga yang lain dari seksaan api neraka. Aku mengikuti pelbagai pertandingan yang dianjurkan di dalam dan di luar sekolah, serta memenangi pertandingan tersebut untuk beberapa kali.
Ketika bulan ramadhan pula, aku sentiasa teruja untuk melipat-gandakan amal ibadah kerana ganjaran pahala yang teramat banyak. Aku banyak menghabiskan masa membaca al-quran dengan target ingin menghabiskan bacaan 30 juzuk dalam satu bulan, di samping membaca buku-buku tazkirah, kehebatan malam-malam lailatul qadar, dan sebagainya. Tidak lupa juga sunat tarawih pada setiap malam. Bagiku, adalah sesuatu yang amat merugikan sekiranya terlepas walau sedetik pun peluang menambah pahala di bulan mulia ini. Sehinggakan tahap keterujaanku itu melampaui batas. Pernah satu hari aku masih menjalankan ibadah-ibadah tersebut walaupun dalam keadaan 'terlarang' seorang wanita. Ketika itu aku yakin sifat tuhan yang maha adil, maha pengasih dan maha penyayang tidak akan ambil kisah benda-benda remeh-temeh seperti ini dan ianya tidak akan sesekali mengganggu 'kerja' malaikat dalam mengira pahala setiap manusia yang ikhlas dalam melakukan amal ibadah. Malang sekali, ibuku akhirnya mengetahui perkara ini lantas menasihatkanku agar jangan melakukannya lagi. Aku hanya terpaksa akur ianya adalah satu kesilapan, dan peraturan agama sahajalah yang mutlak kebenarannya ketika itu..
eww.. goli den baco. cerita yang memang tak logik, bak kato orang nogori, tak masuk dek akal den ni ha.
BalasPadamHaha really? What to do la. That's my real story what. Pasal bahtera nuh tu yang memang paling tak masuk akal. Budak kecik dengar pun boleh jadik in denial. Silap2 boleh jadik murtad. Ooops :D
PadamKisah bahtera nabi nuh tu memang banyak perkara yg tak logik. Budak-budak dulu mungkin main trima saje. Tapi budak2 sekarang mesti banyak bertanya. Berpeluh mak bapak nak jawab. huhu
BalasPadamYup. Saya rasa ramai lagi budak-budak satu generasi dengan saya yang mempunyai keraguan yang sama. Cuma mereka ini mungkin perlu galakan agar mara selangkah lagi dalam soal pemikiran. Diharap budak-budak sekarang mampu tolak cerita-cerita menjijikkan seperti ini.huhu
Padammak bapak sekarang pon dah x cerita kot benda2 mcm ni kat anak2 depa.mostly ajar yg basic2 je solat,puasa,jangan buat seks sebelum kawin.sbb depa pon ramai pengetahuan agama x la takat mana pon.tp dgr pasai org murtad,pasai org masuk syiah,tiba2 jd xketahuan
PadamAda kemungkinan juga tu. Tapi budak2 zaman sekarang adalah agak curious. Tambah lagi ada internet. Nak access cerita2 nabi pun lagi senang, tak payah harap mak bapak cerita kat dorang. Jadi kanak2 ini pun lebih terlatih minda mereka sehingga benda2 logik menjadi kebiasaan yang positif. Akibatnya, tak mustahil dengan mudah mereka juga akan menolak benda2 tak logik ini ke bakul sampah.
Padamdalam alam melayu pun heboh ada segelintir mempelajari ilmu kebal, sapu ngan najis pd badan.. (orang yang masih belom memahami bersih @ tidak, 2 yang diorang wat macam nie) serta membaca mantera jampi serapah. ni kan pula cerita Nabi Noh, orang2 kafir tidak mempercayai serta memusuhi nabi, Allah hina kan mereka dengan najis mereka. jadi xda kontra dengan kisah nabi nuh dengan pengamalan segelintir masyarakat melayu dahulu yang masih buta pd ilmu Agama.
BalasPadamAda kontranya cerita keajaiban najis itu dengan sains.Tak ada pula sains cakap najis itu boleh jadi penawar, sebaliknya najis itulah yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit.
Padamwhat other factors that drive to change to be atheist?
BalasPadamYou can check it out all over the internet. Most atheist can't accept the idea of religion just like muslim/christian/jew/other theist found the idea of religion other than their own religion is absurd.
Padam