Khamis, 5 September 2013

Nilai-nilai Murni Dari Kaca Mata Seorang Freethinker

1 - Belas kasihan
Tanggapan seperti freethinker tidak mempunyai perasaan belas kasihan ini adalah tuduhan biasa yang dilontarkan oleh golongan agamawan. Seorang ahli falsafah bernama Bertrand Russell, membuat kenyataan berikut;
"Manusia cenderung mempunyai kepercayaan yang sesuai dengan keinginan nafsu mereka. Dengan itu, manusia kejam yang percaya kepada tuhan yang kejam boleh menggunakan kepercayaan mereka untuk alasan melakukan kezaliman. Hanya manusia yang percaya kepada tuhan yang baik akan melakukan perkara yang baik".
Dalam erti kata lain, seseorang itu tidak perlu percaya kepada tuhan yang zalim dan suka memberikan ujian dan hukuman untuk menjadi insan yang baik. Banyak kekejaman dalam sejarah masa lalu telah membuktikan dengan jelas bahawa agama dan kebaikan adalah dua perkara yang berbeza.

2 - Ilmu Pengetahuan
Ajaran agama-agama tradisional lazimnya meletakkan sekatan tertentu lantas membataskan ilmu pengetahuan manusia dalam mendalami sesebuah ilmu itu. Contoh terbaik; teori sains evolusi Darwin. Tradisi konservatif agama cenderung untuk menanamkan sentimen yang kuat bahawa tidak perlu mendalami sesuatu ilmu yang telah jelas membawa pertentangan kepada ajaran agama. Hasilnya, kanak-kanak ini membesar dalam kejahilan ilmu, yang mana dalam sesetengah kes yang lazim berlaku di kalangan wanita adalah pergaulan yang terlampau dibataskan oleh keluarga lantas terhadnya ilmu pengetahuan kepada mereka. Ini seterusnya memberikan impak yang besar terhadap kehidupan sosial dan kerjaya golongan wanita tersebut. Terdapat golongan pelampau agama yang tidak memberikan kebebasan terhadap wanita lalu meletakkan peranan wanita tersebut terhad untuk menjadi seorang isteri dan ibu sahaja yang terkurung di rumah. Hal ini jauh berbeza sekali buat Freethinker yang tidak mempunyai apa-apa sekatan . Malah, akses kepada pelbagai jenis ilmu pengetahuan mengenai apa-apa juga perkara tidak terbatas. Dengan itu, faedah dari pembelajaran sesuatu ilmu mampu memberikan manfaat dan sumbangan ke atas diri sendiri dan orang lain.

3 - Kebahagiaan
Apakah makna sebuah kebahagiaan? Kebahagiaan itu datang dari hidup tanpa tekanan, mahupun kebimbangan sekiranya seseorang akan membebankan orang-orang sekeliling kerana masih tidak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan hidup sendiri. Hal ini tidak sama untuk mereka yang hidup dalam kekangan agama. Ketaatan kepada agama menjadi kebimbangan utama. Sedangkan terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan dan diletakkan di tempat teratas seperti keselesaan fizikal, emosi dan kewangan individu yang lebih nyata kaitannya dengan realiti kehidupan. Natijahnya, kebahagiaan individu seperti inilah yang selalu diabaikan oleh golongan fundamentalis/extremis agama atas sebab agama sahajalah yang menjadi nombor satu. Tidak seperti Freethinker, melakukan sesuatu yang disukai adalah kebebasan, menyukai yang sesuatu yang dilakukan adalah kebahagiaan. Insan beragama yang tiada kebebasan melakukan perkara yang mereka sukai sudah tentu tidak mampu mengecapi kebahagiaan sebenar sepertimana yang dikecapi Freethinker.


4 - Pilihan
Kebebasan adalah kunci utama dalam menentukan sesuatu pilihan yang terbaik dalam kehidupan. Pilihan terbaik adalah kunci kepada kebahagiaan sebenar.

5 – Kuasa
Tiada yang lebih memberikan kepuasan yang lebih baik selain daripada memiliki kuasa dalam mengawal cara hidup kita sendiri . Sama ada kita menggunakan kuasa secara bijak atau tidak, itu terpulang kepada diri masing-masing. Menyerahkan kuasa (takdir) kita ada kepada kuasa penuh kejahatan adalah suatu tindakan yang berbahaya, terutamanya apabila kuasa tersebut cenderung dalam memikirkan kepentingan peribadinya sahaja, lalu mengabaikan kebajikan kita dengan sewenang-wenangnya.

6 - Toleransi
Toleransi itu lahir daripada kebebasan pemikiran. Dengan itu, saya yakin perbezaan fahaman/agama tidak menjadi masalah kepada sesiapa saja asalkan setiap pihak tahu akan had masing-masing. Tiada sesiapa perlu memaksa orang lain menerima sesuatu idea yang sudah tidak relevan dalam diri mereka. Hal ini tidak berlaku dalam islam. Islam tiada toleransi terhadap golongan murtad, kristian, non-muslim, mahupun mazhab selain sunni sepertimana mazhab syiah yang dinafikan hak asasinya di Malaysia. Akibatnya, berlakulah penindasaan terhadap golongan-golongan ini, kononnya atas nama tuhan lantas mengabaikan nilai moral kemanusiaan.  Mereka dengan sikap endah tak endah hilang sikap toleransi hanya kerana pengaruh kitab-kitab lama berusia 1400 tahun itu.

4 ulasan:

  1. Orang agama selalunya cuba mendominasikan topik nilai murni seolah-olah ia datang dari agama.

    Nilai-nilai murni bukan milik agama tetapi ia milik kemanusiaan (humanity).

    Nice post Melayu Freethinker :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanx, Awaken Malay. Hanya nilai-nilai kemanusiaan sahajalah yang mampu menyatukan kita semua... ;)

      Padam
  2. islam memang agama paksaan, tak bertoleransi, boleh masuk, tapi tak boleh keluar, apakah..?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lazimnya agamawan tetap akan pertahankan agama ini mempunyai toleransi dan tiada paksaan. Namun, ianya adalah datang dengan syarat dan had yang tidak munasabah lagi... Kesannya, jadilah yang tiada paksaan menjadi paksaan, dan sikap toleransi menjadi tidak bertoleransi...

      Padam