Ahad, 15 September 2013

Dilema Agama: Golden Rule

Golden Rule merupakan satu prinsip moral umum di mana seseorang itu percaya bahawa setiap individu perlulah berusaha melakukan sesuatu kebaikan ke atas orang lain sepertimana kita mahukan diri kita sendiri diperlakukan dengan kebaikan yang sama. Toleransi, pertimbangan, belas kasihan, dan sebagainya merupakan antara nilai-nilai yang terdapat dalam Golden Rule. Ianya melibatkan perasaan dan pengalaman manusia dalam memikirkan kebajikan orang lain dan cuba meletakkan kedudukan dan perasaan mereka dalam diri orang diperlakukan itu.

Mengamalkan Golden Rule bermakna cuba untuk mendalami perasaan orang lain, termasuk mereka yang tiada pertalian darah dan berbeza daripada kita. Empati (naluri memahami perasaan orang lain) merupakan akar kepada kebaikan, kasih sayang, persefahaman dan hormat-menghormati - kualiti yang seharusnya dihargai dan dimiliki setiap insan.


Golden Rule ini tidak mewakili secara mutlak mana-mana kesatuan falsafah ataupun agama, kerana proses kemajuan ketamadunan masyarakat telah banyak bergantung kepada Golden Rule sebagai standard dalam menyelesaikan konflik, lebih-lebih lagi dalam konflik antara berlainan agama yang selalunya menjadi punca pertelingkahan, perpecahan dan peperangan.

Amat lazim sekali apabila sesuatu agama itu sering dikaitkan dengan Golden Rule. Malang sekali terdapat agama dominan dunia yang mempunyai sebahagian prinsip bertentangan dengannya seperti agama rasmi negara ini, iaitu agama Islam. Ajaran-ajaran kebaikan dalam agama ini hanyalah terhad kepada umat Islam sahaja, sehinggakan nilai persaudaraannya dengan golongan bukan islam itu seolah-olah tidak perlu diambil peduli.

1. Dari satu petikan ayat Al-Quran (9:23), Surah At-Taubah, ayat 23, yang menyatakan:

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim."

2. Terdapat juga beberapa ayat yang memberitahu umat Islam agar bertindak keras terhadap mereka. Satu contoh yang jelas bahawa Islam itu bertentangan dengan Golden Rule adalah dari petikan ayat Al-Quran (48:29), Surah Al-Fat-h, Ayat 29:

"Nabi Muhammad ialah rasulullah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras terhadap orang-orang kafir, dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)."

Ayat di atas adalah contoh terbaik bagi definisi fasisme yang diasaskan Mussolini, seorang sekutu rapat diktator Jerman iaitu Adolf Hitler. Ideologi fasisme hanya mementingkan golongan-golongan tertentu sahaja melebihi daripada kepentingan golongan individu/masyarakat tertentu, khasnya kelompok minoriti. Maka tidak hairanlah hak-hak golongan minoriti mahupun golongan yang tidak mempunyai pengaruh cukup kuat akan sewenang-wenangnya ditindas.

3. Terdapat banyak ayat-ayat lain yang menunjukkan persaudaraan dalam Islam adalah bersifat tidak universal. Orang yang tidak menganuti agama Islam jelas dinafikan haknya, serta tidak boleh dilayan dengan cara yang sama rata sepertimana mereka yang beriman. Ini adalah sesuatu yang melanggar prinsip dalam Golden Rule. Ayat Al-Quran, Surah At-Taubah, Ayat 123, seperti di bawah menyeru orang-orang beriman agar memerangi orang-orang kafir;

"Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa"


4. Ayat di bawah pula (47:4, Surah Muhammad, Ayat 4) menyeru umat islam agar melakukan keganasan ke atas golongan bukan islam;

"Dengan yang demikian, apabila kamu berjuang menentang orang-orang kafir (dalam peperangan jihad) maka pancunglah lehernya, sehingga apabila kamu dapat membunuh mereka dengan banyaknya (serta mengalahkannya) maka tawanlah (mana-mana yang hidup) dan ikatlah mereka dengan kukuhnya."

Adakah ayat-ayat di atas ini sesuai dengan konsep yang diketengahkan dalam Golden Rule?

Jelas sekali al-quran menyeru umat islam agar melakukan kejahatan, keganasan, dan pembunuhan ke atas orang lain (kafir) hanya kerana disebabkan mereka tidak percaya kepada agama ini.

Menurut Islam, baik buruk sesuatu perkara itu tidak ditentukan kualitinya melalui Golden Rule, sebaliknya ditetapkan melalui petikan kata-kata lisan (sabda) nabi Muhammad. Mereka percaya bahawa apa yang baik untuk Islam adalah kebaikan segala kebaikan dan apa yang tidak baik untuk Islam adalah kejahatan segala kejahatan. Ini adalah definisi yang menjadi penentu aras dalam islam samada sesuatu itu baik atau jahat.

Maka tidak jauhlah bezanya Islam dengan kult-kult moden yang ada pada masa kini. Dalam usaha untuk memajukan kepentingan sesuatu ideologi, sesuatu perbuatan yang amat keji akan dibenarkan menjadi kebaikan, tidak kiralah samada berbohong, membunuh, mahupun berperang. Apa cara sekalipun adalah dibenarkan selagi mana tujuan asal itu dapat dicapai.

19 ulasan:

  1. Sepatutnya agama yang benar tentulah akan selari dengan Golden Rule. Namun apabila prisip dalam agama berlawanan dengannya, maka akan timbul banyak perselisihan antara penganut agama tersebut dengan masyarakat lain.

    Seperti kata seorang sahabat baik saya, agama mempunyai golden rules, namun kualiti dan keaslian gold'nya itu boleh dipertikaikan.

    :)

    BalasPadam
  2. hanya membuat kesimpulan dengan beberapa ayat?aku rasa golongan ateis dah masuk tahap trauma emosional bila sebut Islam.ishh...macam2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Islam agama paling tahi dalam dunia bro! Bukan trauma tapi geli bro! Lu memang la suka sebab lu makn tahi hari2!

      Padam
    2. rantingpokok: cuba ko hayati petikan ayat2 quran di atas. dah terang lagi bersuluh tu. tu baru sikit. kami dah mendapat 'rahmat'nya.anda bila lagi???

      Tanpa Nama: Chill down dude. Dia tengah jiwa kacau je tu :P

      Padam
  3. Senyum je tengok posting blog2 melayu ateis dan fikiran bebas macam ni. Semuanya menggunakan fakta, konsep, golden rule whatsoever yang datang dari barat. Come on. Kalau nak jadi betul2 free thinker melayu patutnya cipta konsep sendiri. Pengkaitan anda dengan agama Islam ini pun masih nampak lemah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. pandai plak orang islam ni nak ajar orang macamana nak jadi freethinker. Jaga diri kau dulu! Korg tu pengikut agama orang arab padang pasir. Ciptalah agama sendiri! ini tidak ikut agama jubor mohamad pedofile, agama orang arab yg otaknya hanya ada sex dan peperangan.

      Padam
    2. beginilah senyuman orang yang kecanduan agama, diri sendiri masih tidak sedar sedang ditipu oleh orang arab, sungguh kasihan pada golongan hamba seperti mereka ini.

      Padam
    3. Terima kasih kerana meluangkan masa anda membaca entri2 di ruangan ini. Kalau kamu kritik entri ini mempunyai perkaitan agama yang agak lemah, sila terangkan secara spesifik apakah yang lemah itu. Cakap kosong saja pun tak ada gunanya.

      Tak perlu ingatkan freethinker ini perlu cipta konsep sendiri bagai. Ianya seolah2 menyeru freethinker mempunyai konsep dogma sedangkan realitinya freethinker seperti saya sendiri cuba untuk lari dari konsep dogma yang amat jelas sekali diketengahkan oleh konsep keagamaan. Prejudis kamu ke atas barat itu (mungkin kerana dogma islam yang anti barat) adalah contoh pemikiran dogma.

      Golden rule itu bukan datang dari konsep pemikiran barat sahaja. Semua agama pun mengetengahkan konsep golden rule termasuk islam. Cuma islam punya emas itu sudah tidak tulen macam golden rule yang sebenar. Malah ada ahli falsafah timur lain yang mengetengahkan konsep ini. Contoh, macam Confucius dari China yang berkata "Do not impose on others what you do not wish for yourself." ~ "Jangan mengenakan ke atas orang lain apa yang anda tidak mahu untuk diri sendiri."

      Padam
  4. ateis kat Malaysia memang golongan yang lemah lagi hipokrit..cemburu buta dengan agama Islam.ish x3..

    BalasPadam
    Balasan
    1. cakap la apa ko nak.ko budak mentah je baru bergaul dgn org2 yg kononnya alim dah rasa hebat sgt dah.bukan setakat rasa agama dia yg betul,ni sampai tahap rasa pahaman puak dia yg lebih betul dr pahaman puak2 agamawan lain dalam agama dia sendiri.huh x boleh besar kepala lg dah

      Padam
  5. Aku memang alim what...jangan lah cemburu berlebihan lebih baik ko kaji si mawas sepupu ko tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masuk bakul angkat sendiri. Puji diri sendiri alim la plak. Loser betullah budak-budak mohamad ni! hahaha.. Memang korang ni macam lipas.. Otak sampah sama macam nabi gila sex korg. hahahaha

      Padam
    2. kata ateis tapi stress pulak ngan orang beragama...low class larh lu...level tahap mawas...hahah

      Padam
    3. ayat2 'SRAP' yg mmg menggelikan hatiku....hahahahahhaha..OOPPSSS!!!

      Padam
    4. bunga lily, saya rasa sebagai seorang manusia yang waras, mestilah guna akal logika. Bagi saya 'mata hati' tidak terang dan jelas serta banyak dipengaruhi oleh emosi, berfikir secara logik barulah terang dan jelas. Orang gila sahaja yang tak berfikir secara logik.

      Padam
    5. pfft..ok lah, saya pasti kamu theist semua sudah menjadi burung yang terbang tinggi sehingga menggapai awan langit ke-7.

      Padam
  6. wahai hamba2 pemikiran yang kononnya ideal, terkehadapan dan sebagainya. Jikalau nak keluarkan hujah menggunakan ayat2 al-quran bagilah terjemahan yang betul. bukan yang telah diedit2 bagai serta dipotong2.. dah amik sekerat2 je, memanglah tak sampai maksud. ke saje nak sorok2 kebenaran..??? hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yang diedit2 itu? Apa yang tak sampai maksud itu? Terjemahan apa yang tak betul tu? Sudah double check ke belum ayat2 di atas? Untuk pengetahuan, petikan ayat2 quran di atas saya ambil dari website http://www.surah.my/. Sebijik sama dan tiada edit2 langsung. Kalau ada yang tak betul petikan2 ayat di atas silalah come up with terjemahan mana yang kamu rasa betul itu. I'm open to any criticize as long as it's reasonable. Cakap biar ada point, jangan tuduh2 sahaja, tak baik :)

      Padam