Isnin, 2 September 2013

Bagaimana Sekiranya Tuhan itu Wujud?

Bagaimana jika saya percaya bahawa tuhan tidak wujud tetapi kemudian mendapati bahawa tuhan itu wujud selepas berlakunya kematian? Ianya adalah sesuatu situasi yang merugikan saya. Jadi bukankah lebih baik untuk saya menunggu sehingga kewujudan tuhan itu mampu dibuktikan? Bukankah mempercayai tuhan itu wujud adalah sesuatu 'permainan' yang lebih selamat berbanding dengan tidak mempercayainya langsung??

Persoalan di atas juga boleh dikenali sebagai 'Pertaruhan Pascal' . Seorang ahli matematik abad ke-17 bernama Blaise Pascal telah merumuskan hujah pragmatik seperti berikut:

"Jika anda tersilap percaya kepada Tuhan , anda tidak kehilangan apa-apa (menganggap bahawa kematian adalah pengakhiran yang pasti) , manakala jika anda benar percaya kepada Tuhan , anda boleh mendapatkan segala-galanya ( kebahagiaan abadi ). Tetapi jika anda benar kerana tidak percaya kepada Tuhan , anda tidak mendapat apa-apa ( kerana kematian menjadi pengakhiran), manakala jika anda tersilap percaya kepada Tuhan , anda pastinya kehilangan segala-galanya ( seperti dikenakan hukuman kekal)."

Menurut hujah Pascal di atas secara ringkasnya, mempercayai tuhan adalah satu perbuatan yang tidak merugikan, manakala tidak mempercayai tuhan sudah pasti menjadi suatu perbuatan yang merugikan.


Namun demikian, terdapat masalah dalam penghujahan Pascal ini. Kebanyakan manusia yang mempercayai agama percaya kepada satu agama sahaja, yang lazimnya diwarisi dari nenek moyang, dan permasalahan wujud apabila kita tidak mampu menentukan apakah agama yang benar secara rasional dan tidak 'biased' dalam kalangan beribu-ribu agama yang wujud di dunia ini. Lihat sahaja kepada nasib Pascal yang beragama Kristian pada hari kiamat nanti. Sekiranya Muhammad berkata benar, maka Pascal akan dihantar ke neraka kerana dia tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, walaupun Pascal itu sendiri sudah percaya kepada Tuhan agama Kristian.


Situasi kedua pula ialah satu anggapan sekiranya Pascal memeluk agama Islam. Bagaimana pula nanti apabila beliau mendapati bahawa Allah bukanlah tuhan dan Muhammad adalah seorang pembohong ? Kemudian akhirnya beliau akan dihantar ke neraka Kristian. Situasi yang sama juga mungkin timbul seandainya agama Yahudi adalah benar, maka orang2 islam dan kristian yang tidak percayakan agama Yahudi turut dihumban ke dalam api neraka.

Apa yang menjadikan situasi bertambah rumit adalah dalam agama Islam itu sendiri, iaitu pembahagian mazhab2. Muhammad berkata agamanya akan dibahagikan kepada 73 mazhab, golongan pengikut 72 mazhab-mazhab ini akan dihantar ke neraka. Bagaimana anda tahu tanpa sikap 'biased' yang mana satukah mazhab yang benar?

Situasi yang sama juga berlaku di dalam agama Kristian , Yahudi dan agama-agama lain. Terdapat beribu-ribu agama dan mazhab . Mereka semua percaya bahawa mereka adalah satu-satunya yang telah menemui kebenaran, akan diselamatkan di hari akhirat kelak. Manakala kesemua golongan manusia yang tidak percaya akan dihumban ke dalam api neraka. Keadaan ini memaksa hampir kesemua manusia untuk mempercayai agama tanpa mereka diberikan sebarang pilihan kerana tertanamnya benih ketakutan dalam diri mereka, jauh sekali situasinya seperti membeli pakaian/kasut yang mana seseorang itu masih bebas membuat pilihan tanpa kekangan. Anda mesti percaya kepada Tuhan yang benar. Bagaimana anda tahu tuhan manakah yang benar mahupun palsu? Anda perlu menggunakan alasan yang benar-benar kukuh, tidak bersandarkan kepercayaan semata-mata. Untuk bersikap adil dalam menentukan siapakah tuhan yang sebenar, seseorang itu juga sepatutnya tidak percaya kepada mana-mana tuhan. Namun ini agak mustahil untuk dilakukan oleh seseorang yang kuat agama kerana kepercayaan kepada Tuhan sahaja adalah berdasarkan iman bukannya sebab/alasan yang rasional, di mana ini merupakan suatu pertentangan jelas dalam 'reasoning' seseorang manusia.

4 ulasan:

  1. Soalan yang biasa diajukan kepada para atheist. :)


    Suatu penerangan yang jelas dan padu. *salute

    BalasPadam
  2. Terkejut juga wan dah sampai kat sini when am not totally ready yet with this baby blog. wah. salute to you too kerana jadi pengunjung terawal ;D

    BalasPadam
  3. huhu.. jauh berjalan luas permandangan ;)

    BalasPadam
  4. jawapan yang jelas dan padat. sungguh ironi bila muhammad sendiri dah kata agama islam yang dia reka akan berpecah belah, dan muslim hari ini masih mengagungkan dia, kasihan pada muslim.

    BalasPadam