Kesilapan logik merupakan satu tabiat perlakuan yang cenderung berlaku ketika mengemukakan hujah terutamanya semasa berada di dalam sesuatu perbahasan atau perbincangan ilmiah. Ianya dinyatakan sebagai kesilapan kerana seseorang itu sudah tidak berpegang kepada nilai logik dan akal sebagai sumber dalam membuat keputusan dan kesimpulan hujah mereka. Akibatnya, si penghujah cenderung untuk terbabas dari landasan premis perbincangan/perbahasan ilmiah tersebut.
Contoh terkenal kesilapan logik dalam masyarakat kita adalah ad hominem, iaitu serangan peribadi ke atas lawan mereka. Ini adalah satu petanda tidak baik tentang aras pemikiran masyarakat yang seharusnya perlu kita perbaiki. Terdapat juga beberapa contoh-contoh lain kesilapan logik yang seharusnya kita elakkan ketika berhujah/berbincang dalam sesuatu majlis ilmiah. Diharap setiap dari kita dapat memanfaatkan fakta tentang kesilapan logik ini daripada terus merendahkan mentaliti kita dan cuba untuk mengelak daripada melakukannya di masa akan datang. :)
Logik bukan suatu yg mudah utk bentangkan. Banyak 'fallacies' yang perlu dielakkan sebelum mengeluarkan sesuatu fakta.
BalasPadamTeori sains juga melalui penapisan 'fallacies' yang rapi dan menyeluruh oleh pakar menjadikan ia lebih meyakinkan dari sekadar ilusi orang delusi yang diambil dari kitab suci.
Yup2...Seringkali benda2 macam ni akan dianggap remeh temeh.Manusia cenderung mendapatkan kemenangan dalam sesuatu perbahasan ilmu lebih daripada keinginan untuk menambahkan ilmu mereka sendiri. Seharusnya sikap ego dan menabik dada dalam menuntut ilmu itu perlu dibuang jauh2. Sikap yang humble dan lebih terbuka untuk mendengar pendapat rasional orang lain adalah lebih membawa manfaat berbanding hanya menjadi bodoh sombong dan membuta tuli dalam mempertahankan diri sendiri semata2 tidak mahu mengalah.
Padam