1- Agama Dijadikan Alasan Menindas dan Melakukan Kejahatan
Ini dapat dilihat melalui pelaksanaan jenayah tidak berperikemanusiaan atas nama agama. Sejarah telah menunjukkan kepada kita bagaimana agama telah digunakan oleh kuasa politik sesebuah negara, di mana undang-undang agama dimanipulasi atas kepentingan sendiri lantas meraih kepatuhan rakyat walaupun terpaksa mengabaikan kebajikan dan menindas hak-hak mereka.
2- Pemahaman Mendalam Ilmu Sains dan Pengetahuan
Terdapat banyak persoalan-persoalan utama telah dijawab dan dibuktikan melalui penemuan bukti-bukti fosil, 'carbon dating' dan sebagainya menggunakan kaedah saintifik. Persoalan-persoalan tersebut adalah seperti bagaimana kita wujud, dari mana asal usulnya manusia sehingga berjaya sampai ke tahap ini melangkaui masa dan sejarah peninggalan sehingga berjuta-juta tahun dahulu. Malangnya, terdapat fakta-fakta ini yang jelas sekali pertentangannya dengan kisah-kisah yang diceritakan dalam kitab-kitab agama. Dengan itu, tidak hairanlah golongan intelektual seperti saintis dan pakar-pakar ilmuwan yang lain cenderung untuk keluar dari landasan agama sebagai pilihan terbaik.
3- Analogi Agama-agama Terdahulu Yang Kini Tinggal Hanya Mitos
Mitos-mitos ketuhanan dalam tamadun Yunani, Rom, Norse, dan lain-lain, pernah dipraktikkan sebagai agama oleh masyarakat yang hidup ketika kewujudan tamadun-tamadun tersebut. Tamadun-tamadun ini sudah mendahului beratus-ratus tahun sebelum agama samawi (Yahudi, Nasrani/Kristian dan Islam) diasaskan. Terdapat banyak mitos purba yang diinspirasikan dari satu mitos ke satu mitos yang lain, sepertimana dalam mitos-mitos ketuhanan Rom dan Yunani (Zeus dan Musytari, Zuhrah dan Aphrodite, dan lain-lain). Gunung Olympus, iaitu gunung tertinggi di Yunani, dianggap sebagai versi syurga mereka. Sama jugala konsepnya dengan agama-agama dominan yang masih bertahan sehingga ke hari ini. Manusia yang meninggalkan jalan agama menganggap agama-agama yang wujud pada hari ini tidak ubah seperti mitos purbakala.
4- Kitab-kitab Agama Yang Tidak Selari Dengan Nilai-Nilai Moden
Kitab-kitab ini mengandungi teks yang sangat lama dengan pelbagai macam tafsiran dalam proses percubaan untuk memeliharanya sehingga ke hari ini. Kitab-kitab suci yang telah membentuk pelbagai cabang-cabang fahaman adalah sesuatu yang amat mengelirukan dan diragukan ketulenan dan keasliannya. Seseorang hanya mampu percaya membuta tuli kesahihan sesuatu ayat tanpa persoalan dan penggunaan 'reasoning' yang sepatutnya dalam menentukan sesuatu kebenaran. Ayat-ayat berkaitan dengan perhambaan, hukuman hudud yang melampaui batas, penindasan hak-hak wanita dan golongan minoriti bukan islam, dan sebagainya sudah tidak mendapat tempat di dalam hati masyarakat moden yang cenderung menuju ke arah kesatuan universal yang maju dan bertamadun.
5- Agama Sudah Tidak Relevan
Terdapat beribu-ribu agama di seluruh dunia yang berlumba-lumba menyatakan agama merekalah agama yang satu-satunya benar dan agama lain itu salah. Persoalannya, jika sesuatu agama itu benar, mengapa ianya tidak sahaja menjadi agama yang sepakat untuk dianuti seluruh lapisan masyarakat dunia? Mengapa tuhan perlu bersikap pilih kasih dalam memilih siapa yang diberikan hidayah ataupun sebaliknya, sedangkan kuasa itu semua terletak di tangannya?
Kebanyakkan mereka yg meninggalkan agama mempunyai sebab yg kukuh. Mungkin hanya segelintir kecil sahaja yg menolak agama atas pengaruh kawan atau sekadar mengikut trend semasa.
BalasPadamTerima kasih Melayu Freethinker menyenaraikan 5 points ini. Rujukan ringkas terbaik untuk mereka yg masih was-was dalam mencari erti hidup :)
Sama-sama, Awaken Malay :) Sebenarnya terdapat banyak lagi sebab-sebab kukuh yang lain. Senarainya agak panjang. Itu terpulang kepada pengalaman setiap individu itu juga...
PadamBanyak lagi wanita muslim Malaysia yang masih in denial apabila melihat penindasan yang berlaku ke atas wanita muslim lain, seolah-olah berkata "Ini bukan Islam sebenar" atau "Ini takkan berlaku di negaraku" dan LUPA yang agama yang mereka sanjung itu datangnya dari negara-negara di mana penindasan tersebut berlaku.
BalasPadamTunggulah bila penindasan itu berlaku di hudung sendiri, seperti suami kahwin lebih dari seorang, kes perceraian yang banyak menganiaya wanita, sexism melampau (wanita duduk dapur, tak boleh berkerjaya) dan lain-lain lagi.
Tapi kadang-kadang itupun tidak dapat membuka mata kerana kena patuh cakap suami, walau dipukul, ditindas atau dihukum macam mana pun. Sounds familiar, bukan? Macam watak tuhan mereka yang disembah jugalah :P
-A.
Yup, itulah dia sindrom yang masih sukar untuk diubati...Lebih pendedahan tentang realiti kekejaman ektrem yang berlaku di luar sana perlu diwar-warkan...
PadamBukan sahaja manusia beragama, malah kebanyakan golongan murtad yang pernah dalam dilema keagamaan selalunya tidak lepas dari mengalami masalah 'in denial' ini. Namun saya yakin sedikit sifat keterbukaan dalam mempelajari sesuatu secara kritikal mampu untuk mengubatinya...